Thursday, December 15, 2011

KEJOHANAN MEMANAH KEBANGSAAN SIRKIT 3/ KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA SABAH KALI KE-5 2011

Persatuan Memanah Sabah dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) menganjurkan Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit 3 / Kejohanan Memanah Terbuka Sabah kali ke-5 2011 yang sedang berlangsung bermula kelmarin 14hb - 18hb Disember 2011 bertempat di Lapang Sasar Memanah, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Sejumlah 24 pasukan mengambil bahagian dengan 263 orang atlet dan 35 orang pegawai. Berikut adalah pasukan yang mengambil bahagian :

1. ATM
2. Majls Sukan Negara, Kuala Lumpur
3. Majlis Sukan Negeri Sarawak
4. Melaka
5. MSN Paralimpik
6. Pahang
7. Papar Achery
8. Pelapis MSN
9. PEMASA Limbang
10. Persatuan Memanah Labuan
11. Persatuan Memanah Selangor
12. Persatuan Memanah Terengganu
13. Pulau Pinang
14. SAA Kota Kinabalu
15. SAA Sandakan
16. SAA Tawau
17. SMK Datuk Peter Mojuntin
18. Uitm
19. USM Pulau Pinang
20. Wira PPOC
21. Persatuan Memanah red Arrows Wilayah Persekutuan
22. Iran
23. UNITE
24. UPM

Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Peter Pang En Yin, Menteri Belia dan Sukan Sabah pada 13hb Disember 2011 (kelmarin).



 Mesyuarat Pengurus Pasukan

 Official Practice

Ucapan alu-aluan oleh Presiden Persatuan Memanah Sabah, Tuan Haji Zainie Abdul Aucasa

Perasmian kejohanan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, Yang Berhormat Datuk Peter Pang En Yin

No comments:

Followers