Thursday, February 17, 2011

PEMANTAUAN PLN BADMINTON - 14 FEBRUARI 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Disertakan laporan ringkas pemantauan PLN Badminton :
 
Tarikh : 14 Februari 2011
Masa : 4.30 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
Kehadiran : 18 orang
 
 
Ulasan dan Maklumbalas:
 
1. Kehadiran pemain memuaskan. JPM juga memaklumkan yang kehadiran pemain ke latihan memuaskan sebagai persediaan menyertai Kejohanan MSS Daerah, MSS Negeri ( 11-15 April 2011, Lahad Datu) , Kejohanan Badminton U12 Kota Kinabalu anjuran Lembaga Sukan Negeri Sabah (5-6 Mac 2011, Kompleks Sukan Kota Kinabalu) dan Kejohanan Remaja Tertutup Sabah 2011 ( 12-14 Mac 2011, Papar).
 
2. Jurulatih SBA (Yapp Su Chew) juga membuat sesi latihan bagi program psn.
 
3. Bagi bulan Januari-Februari 2011, SBA telah bersetuju untuk membantu membayar sewa gelanggang. Pada peringkat awal perbincangan, pihak SBA akan cuba membantu membayar sewa gelanggang sepanjang tahun 2011. Perkara ini akan diputuskan dalam sedikit masa lagi.
 
4. Cik Anastacia (Calon JSM 2011) sudah mula  membantu JPM bagi melatih pemain-pemain baru dan U12.
 
Disertakan gambar semasa pemantauan.







PEMANTAUAN PLN GIMRAMA - 14 FEBRUARI 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Disertakan laporan ringkas pemantauan PLN Gimrama :
 
Tarikh : 14 Februari 2011
Masa : 5. 30 petang
Kehadiran : 11 orang
 
 
Ulasan/Maklumbalas :
 
1. Kehadiran atlet memuaskan. Cuma ada beberapa atlet yang hadir lewat sedikit disebabkan terlibat dengan aktiviti di sekolah.
 
2. Keadaan tempat latihan juga memuaskan. Setakat ini tidak ada masalah yang boleh menggangu latihan.
 
3. Saya memaklumkan kepada JSM (Lau Li Kin) mengenai perlaksanaan Program 2011, tempoh perlaksanaan program, kontrak jsm dan perkara-perkara yang berkaitan.
 
4. Saya ada menyarankan JSM untuk mengikuti kursus spesifik Gimrama. Walaubagaimanapun, beliau memaklumkan sudah beberapa tahun persatuan kebangsaan tidak ada menganjurkan kursus spesifik untuk Gimrama.
 
Disertakan gambar semasa pemantauan.
 
 



 
 
Sekian dan terima kasih.

Followers