Wednesday, September 22, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja USPTN Bil 1/2010 Sukan Badminton, Boling Padang dan Olahraga

Wakil daripada Persatuan Olahraga Amatur Sabah. (Encik Francis Shim- Setiausaha Kehormat), (Encik Jefri Ismail- Pengerusi Pembangunan Persatuan), (Encik Cyrill Yap - Jurulatih )
Wakil daripada Persatuan Badminton Sabah (Encik Ajahar - Pen Setiausaha) dan Jurulatih Penuh Masa (Encik Steven Joker)

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja USPTN Bil 1/2010 Sukan Badminton, Boling Padang dan Olahraga telah diadakan pada 2hb September 2010 bertempat di bilik mesyuarat, Majlis Sukan Negeri Sabah. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pemangku Ketua Unit, USPTN. Turut hadir wakil daripada Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan wakil daripada Persatuan Sukan Negeri. Mesyuarat telah diadakan secara berasingan mengikut sukan. Mesyuarat telah membincangkan pelaksanaan program pelapis bagi tahun 2010. Terima kasih atas cadangan/pandangan/pendapat daripada semua yang hadir.

No comments:

Followers