Wednesday, August 29, 2012

SESI PSIKOLOGI DAN PEMAKANAN - IBU BAPA ATLET RENANG



Program :  Sesi Psikologi dan Pemakanan - Ibu bapa Atlet Renang
Tarikh:  25 Ogos 2012
Tempat:  Bilik Mesyuarat ISN, Kota Kinabalu.
Kehadiran : 11 Orang Ibu Bapa

 Sesi ini disampaikan oleh Puan Sara Inggi (Psikologi) dan Encik Geo Allen George(Pemakanan)

Antara penerangan yang disampaikan adalah:-

a.  Psikologi sukan merupakan satu pokok perbincangan dan persoalan dalam sukan yang cukup menarik serta mendapat perhatian umum. Cox (1998) merumuskan bahawa psikilogi sukan merupakan satu bidang yang luas dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat sukan memberi komen berkaitan psikologi sukan. Psikologi sukan juga merupakan proses memilih dan memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing atas usaha dan keupayaannya sendiri. Selain itu psikologi sukan juga menjurus kepada Psych-out lawan, proses ini dapat mengurangkan atau menangani tekanan yang dihadapi oleh atlet. 
b.  Ibu bapa juga diterangkan cara-cara 'imagery' dalam sukan. 

c.  Pengambilan makanan mengikut piramid makanan. 

d.  Pengambilan makanan sebelum kejohanan, semasa dan selepas kejohanan


 


Terima kasih kepada Pegawai ISN, Puan Sara dan Encik Geo.


Laporan disediakan oleh:-

Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Hussein,
Peg. Pembangunan Negeri,
USPTN Sabah.




No comments:

Followers