Thursday, August 30, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN TENPIN BOLING - KOTA KINABALU

Tarikh    : 29 Ogos 2012 (Rabu)
Masa     : 5.30pm – 6.30pm
Tempat  : CPS Bowl, Centre Point Kota Kinabalu

Kehadiran: 
1. Ricky Loh Yew Moh (Jurulatih)
2. 6 atlet lelaki
3. 6 atlet wanita

LATIHAN
-          Scoring

ULASAN

Jurulatih memaklumkan sesi latihan yang akan dijalankan sebelum latihan bermula bagi memastikan atlet memahami dan mengikut segala arahan yang diberikan oleh jurulatih.
Jurulatih telah menyerahkan laporan bulanan meliputi bulan Jun dan Julai dan memohon maaf atas kelewatan penyerahan laporan tersebut.

SDO telah meminta pihak jurulatih untuk menyiapkan taintatif program Kem Binaan untuk Tenpin Boling dengan secepat mungkin bagi memudahkan proses menyediakan permohonan peruntukkan.
6 Lorong boling telah digunakan semasa latihan ini, dan jurulatih menjelaskan latihan yang diberikan pada waktu ini bagi memudahkan atlet menyesuaikan balingan dan pungutan score mereka semasa latihan sekaligus melihat teknik yang sedia ada pada atlet tersebut.

LAMPIRAN GAMBAR :







Laporan Disediakan Oleh:

En. Munir Bin Ahmed
Pegawai Pembangunan Negeri 
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah.

No comments:

Followers