Monday, August 6, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN T. BOLING - KOTA KINABALU SABAH

Tarikh    : 05 Ogos 2012
Masa     : 4.00pm – 5.00pm
Tempat  : CPS Bowl, Centre Point Kota Kinabalu

Kehadiran: 
1. Ricky Loh Yew Moh (Jurulatih)
2. Elizabeth Michael Awang (Jurulatih)
3. 10 atlet lelaki
4. 11 atlet wanita

LATIHAN
-          Balancing Drill, 1-step & 2-step dril/pushaway
-     Free swing, 5 steps pushaway (Balancing & Spare)

LAPORAN

Jurulatih memaklumkan sesi latihan yang akan dijalankan sebelum latihan bermula bagi memastikan atlet memahami dan mengikut segala arahan yang diberikan oleh jurulatih.

5 lorong yang diguna pakai semasa latihan di bawah kendalian jurulatih Ricky Yew Moh yang menumpukan atlet peringkat tertinggi dan 3 lorong oleh jurulatih Elizabeth dan Gerald yang tertumpu kepada bahagian pembangunan atlet.

Sesi latihan sempena bulan ramadhan bermula pada jam 4pm - 6pm, dan masa latihan ini akan dikekalkan hanya pada bulan Ramadhan dan akan kembali pada waktu asal selepas Hari Raya.

Terdapat beberapa orang atlet yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu terutama pada bulan Ramadhan ini dan ini telahpun dimaklumkan kepada jurulatih terlebih dahulu dan SDO.

LAMPIRAN GAMBAR:






Laporan disediakan oleh:

En. Munir Ahmed
Peg. Pembangunan Negeri - T.Boling
USPTN Sabah

No comments:

Followers