Thursday, August 30, 2012

PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK - TERJUN

LAPORAN PEMANTAUAN/PERJUMPAAN BERSAMA JURULATIH DAN ATLET SUKAN AKUATIK - RENANG

Tarikh    : 15 OGOS 2012
Masa     : 2.50 - 4.00 PETANG
Tempat  : PUSAT AKUATIK, KOMPLEKS SUKAN KOTA KINABALU

KEHADIRAN: 
1. Encik James Sandayud - JPM 
2. 3 atlet lelaki
3. 3 atlet wanita
LATIHAN
-          Warm Up
-     Hand Stand Walk (20x=10 set)
-     Strength
-     Basic Leg, Body and Hand (Gym)
ULASAN

a.  SDO memaklumkan kepada jurulatih, Kem Bakat Sukan Terjun Program Pelapis 2012 akan didakan pada 07-12 September 2012 di Ipoh, Perak.

b.  Perbincangan bersama JPM-SDO memaklumkan kepada jurulatih , Kejohanan Sirkit Terjun Remaja Kebangsaan akan diadakan pada 19-21 Oktober 2012 di Seremban, Negeri Sembilan.  Jurulatih dimohon untuk memberikan senarai nama atlet yang terpilih bagi tujuan permohonan kewangan.  Jurulatih dimohon untuk memastikan atlet mempunyai 'Dive Difficulty' yang cukup untuk kejohanan ini.

c.  Perjumpaan bersama atlet-SDO memaklumkan keperluan yang perlu dibawa semasa kem nanti.  Borang kebenaran ibu bapa diagihkan kepada atlet untuk diisi oleh ibu bapa dan hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya pada hari Jumaat minggu berikutnya selepas minggu hari raya. 

d.  Seramai 3 orang atlet lelaki dan 2 orang atlet wanita terpilih ke Kem Bakat Sukan Terjun Program Pelapis 2012.








LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK - RENANG

LAPORAN PEMANTAUAN/PERJUMPAAN IBU BAPA SUKAN AKUATIK - RENANG

Tarikh    : 8 OGOS 2012
Masa     : 3.30 - 4.20 PETANG
Tempat  : PUSAT AKUATIK, KOMPLEKS SUKAN KOTA KINABALU

KEHADIRAN: 
1. Encik Vachel Voon Vui Jet
2. 15 atlet lelaki
3. 10 atlet wanita
LATIHAN
-          Dryland 
-     Easy Swim (1000M)
ULASAN

SDO memaklumkan bahawa tarikh tutup bagi penyertaan Sportexcel Grand Final telah ditukar dari 15 Ogos 2012 kepada 10 Ogos 2012.  SDO meminta jurulatih 'double check' senarai nama dan acara yang didaftarkan adaah betul sebelum diemailkan.




Tarikh    : 8 OGOS 2012
Masa     : 4.30 - 5.15 PETANG
Tempat  : PUSAT AKUATIK, KOMPLEKS SUKAN KOTA KINABALU
KEHADIRAN: 
1. Encik Vachel Voon Vui Jet
2. 8 Orang Ibu Bapa Atlet

ULASAN

Perjumpaan Ibu Bapa kali ini adalah bersama dengan Ibu Bapa atlet yang akan menyertai Sportexcel Grand Final di Kompleks Renang Kuala Lumpur pada 1-2 September 2012.  Antara yang dibincangkan:-
a.  Tempahan Tiket Penerbangan.
b.  Tempahan Penginapan
c.  Pengangkutan LCCT-Hotel/Hotel-LCCT

Perbincangan disertai oleh Presiden Blue Marlin Swimming Club, Encik Jeffrey Yong dan beliau akan memberi tajaan t. shirt dan atlet yang mendapat pingat akan diberi insentif.

Sekian.






Laporan disediakan Oleh:-


Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Hussein,
Peg. Pembangunan Negeri,
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah.

LAPORAN PEMANTAUAN TENPIN BOLING - KOTA KINABALU

Tarikh    : 29 Ogos 2012 (Rabu)
Masa     : 5.30pm – 6.30pm
Tempat  : CPS Bowl, Centre Point Kota Kinabalu

Kehadiran: 
1. Ricky Loh Yew Moh (Jurulatih)
2. 6 atlet lelaki
3. 6 atlet wanita

LATIHAN
-          Scoring

ULASAN

Jurulatih memaklumkan sesi latihan yang akan dijalankan sebelum latihan bermula bagi memastikan atlet memahami dan mengikut segala arahan yang diberikan oleh jurulatih.
Jurulatih telah menyerahkan laporan bulanan meliputi bulan Jun dan Julai dan memohon maaf atas kelewatan penyerahan laporan tersebut.

SDO telah meminta pihak jurulatih untuk menyiapkan taintatif program Kem Binaan untuk Tenpin Boling dengan secepat mungkin bagi memudahkan proses menyediakan permohonan peruntukkan.
6 Lorong boling telah digunakan semasa latihan ini, dan jurulatih menjelaskan latihan yang diberikan pada waktu ini bagi memudahkan atlet menyesuaikan balingan dan pungutan score mereka semasa latihan sekaligus melihat teknik yang sedia ada pada atlet tersebut.

LAMPIRAN GAMBAR :







Laporan Disediakan Oleh:

En. Munir Bin Ahmed
Pegawai Pembangunan Negeri 
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah.

Wednesday, August 29, 2012

SESI PSIKOLOGI DAN PEMAKANAN - IBU BAPA ATLET RENANG



Program :  Sesi Psikologi dan Pemakanan - Ibu bapa Atlet Renang
Tarikh:  25 Ogos 2012
Tempat:  Bilik Mesyuarat ISN, Kota Kinabalu.
Kehadiran : 11 Orang Ibu Bapa

 Sesi ini disampaikan oleh Puan Sara Inggi (Psikologi) dan Encik Geo Allen George(Pemakanan)

Antara penerangan yang disampaikan adalah:-

a.  Psikologi sukan merupakan satu pokok perbincangan dan persoalan dalam sukan yang cukup menarik serta mendapat perhatian umum. Cox (1998) merumuskan bahawa psikilogi sukan merupakan satu bidang yang luas dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat sukan memberi komen berkaitan psikologi sukan. Psikologi sukan juga merupakan proses memilih dan memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing atas usaha dan keupayaannya sendiri. Selain itu psikologi sukan juga menjurus kepada Psych-out lawan, proses ini dapat mengurangkan atau menangani tekanan yang dihadapi oleh atlet. 
b.  Ibu bapa juga diterangkan cara-cara 'imagery' dalam sukan. 

c.  Pengambilan makanan mengikut piramid makanan. 

d.  Pengambilan makanan sebelum kejohanan, semasa dan selepas kejohanan


 


Terima kasih kepada Pegawai ISN, Puan Sara dan Encik Geo.


Laporan disediakan oleh:-

Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Hussein,
Peg. Pembangunan Negeri,
USPTN Sabah.





PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON - KOTA KINABALU SABAH

Tarikh    : 27 Ogos 2012 (Isnin)
Masa     : 4.00pm – 5.00pm
Tempat  : Kompleks Sukan Kota Kinabalu

Kehadiran: 
1.      Steven Joker (JPM)
2.      Anastacia Anscelly (JSM)
      3.   16 Atlet Lelaki
      4.   10 Atlet Wanita

LATIHAN
-    Matchplay

LAPORAN

Jurulatih mengarahkan atlet untuk sesi pemanasan badan sebelum memulakan latihan, tempoh sesi pemanasan badan adalah lebih kurang 15 minit.  

8 gelanggang badminton telah di pakai, 7 gelanggang digunakan untuk latihan Matchplay dan 1 gelanggang di khaskan untuk pembangunan sukan yang terdiri daripada atlet baru dan bawah 12 tahun.

Jurulatih mencadangkan agar jurulatih sambilan (JSM) di Pusat Latihan Kota Kinabalu ditambah bagi memudahkan proses latihan dan bilangan atlet yang ramai.

Atlet-atlet Pelapis akan menyertai Kejohanan Jemputan Badminton Flypower AST pada 30 Ogos - 2 September, bertempat di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu. Sasaran untuk semua atlet 10, 12 & 15 tahun adalah sampai ke pusingan akhir.

Jurulatih telah sedia maklum mengenai 2 kejohanan yang akan berlangsung pada bulan September iaitu 100Plus National Junior Interstate Championships dan bulan Oktober Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Maybank Terbuka Pahang 2012.

Lampiran Gambar: 







Laporan Disediakan Oleh:

En. Munir Bin Ahmed
Peg. Pembangunan Negeri
USPTN Sabah.

Monday, August 6, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN T. BOLING - KOTA KINABALU SABAH

Tarikh    : 05 Ogos 2012
Masa     : 4.00pm – 5.00pm
Tempat  : CPS Bowl, Centre Point Kota Kinabalu

Kehadiran: 
1. Ricky Loh Yew Moh (Jurulatih)
2. Elizabeth Michael Awang (Jurulatih)
3. 10 atlet lelaki
4. 11 atlet wanita

LATIHAN
-          Balancing Drill, 1-step & 2-step dril/pushaway
-     Free swing, 5 steps pushaway (Balancing & Spare)

LAPORAN

Jurulatih memaklumkan sesi latihan yang akan dijalankan sebelum latihan bermula bagi memastikan atlet memahami dan mengikut segala arahan yang diberikan oleh jurulatih.

5 lorong yang diguna pakai semasa latihan di bawah kendalian jurulatih Ricky Yew Moh yang menumpukan atlet peringkat tertinggi dan 3 lorong oleh jurulatih Elizabeth dan Gerald yang tertumpu kepada bahagian pembangunan atlet.

Sesi latihan sempena bulan ramadhan bermula pada jam 4pm - 6pm, dan masa latihan ini akan dikekalkan hanya pada bulan Ramadhan dan akan kembali pada waktu asal selepas Hari Raya.

Terdapat beberapa orang atlet yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu terutama pada bulan Ramadhan ini dan ini telahpun dimaklumkan kepada jurulatih terlebih dahulu dan SDO.

LAMPIRAN GAMBAR:






Laporan disediakan oleh:

En. Munir Ahmed
Peg. Pembangunan Negeri - T.Boling
USPTN Sabah

Followers