Sunday, November 30, 2014

SABAH-LAPORAN KEJOHANAN GIMRAMA HARI KE-EMPAT


Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Sukan Gimrama Siri 2/2014
Tarikh: 28 November 2014 (Jumaat)
Venue: Dewan Gimnastik, SUKPA.

Pasukan Negeri Sabah ke venue pertandingan pada pukul 7.15 pagi. Seterusnya sesi pemanasan badan dilakukan bagi persediaan kejohanan.

Pertandingan pada hari terakhir ini hanya melibatkan gimnas Gred 2.

Penyampaian hadiah selesai pada pukul 6.00 petang.

Keputusan hari ke-empat/akhir adalah seperti berikut:-
Gred 2- Belantan
Ningsari Atiqah Bt. Ali
Ketiga (9.866)

Gred 2 Berpasukan
Ke-empat. 
Ningsari Atiqah Bt. Ali
Trinity Manavai Christinillus 
Leann Deborah Lokupi

Keputusan kejohanan yang lengkap belum diterima dan akan diemailkan.

Sekian.


SABAH-LAPORAN KEJOHANAN HARI KETIGA


Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Sukan Gimrama Siri 2/2014
Tarikh: 27 November 2014 (Khamis)
Venue: Dewan Gimnastik, SUKPA.

Pasukan Negeri Sabah ke venue pertandingan pada pukul 7.30 pagi. Seterusnya pemanasan badan dilakukan bagi kejohanan dan pada hari ini hanya adik Zovi Tie Yu Pei (Gred 4) bagi acara Gelung dan Tali.

Pertandingan bermula pada 9.00 pagi - 1.00 petang, 2.00-6.00 petang.

Penyampaian hadiah selesai pada 6.30 petang.

Keputusan hari ketiga adalah seperti berikut:-
Gred 4: Zovi Tie Yu Pei 

Gelung: 16/16 (10.866)
Tali: 9/17 (12.300)

Sekian.

Sent from Samsung tablet

Thursday, November 27, 2014

SABAH-LAPORAN KEJOHANAN GIMRAMA-HARI KEDUA

Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Sukan Gimrama Siri 2/2014 

Tarikh: 26 November 2014 (Rabu)
Venue: Dewan Gimnastik, SUKPA, Pahang.

Pasukan Negeri Sabah ke venue pertandingan pada pukul 7.30 pagi. Seterusnya pemanasan badan dilakukan bagi persediaan  kejohanan.

Pertandingan bermula pada 9.00 pagi - 2.00 petang, 3.00 - 6.30 petang. 

Penyampaian hadiah selesai pada 7.30 malam. 

Keputusan hari kedua adalah seperti berikut:-

Gred 4:  Freehand
Zovie Tie Yu Pei
Keputusan: 11/16 (12.300)

Gred 2: Hoop
Ningsari Atiqah Bt. Ali
Keputusan: 7/20 (9.450)

Trinity Manavai Christinillus  
Keputusan: 11/20 (9.050)

Leann Deborah Lokupi 
Keputusan: 16/20 (8.200)

Gred 2: Ball
Ningsari Atiqah Bt. Ali 
Keputusan: 6/20 (9.450)

Trinity Manavai Christinillus 
Keputusan: 15/20 (8.450)

Leann Deborah Lokupi
Keputusan: 16/20 (8.000)

Sekian dan terima kasih.



Laporan disediakan oleh:

Intan Nazrina Ag Mohd Hussein,
Peg Pembangunan Negeri- Gimrama,
USPTN Sabah.


SABAH-LAPORAN KEJOHANAN GIMRAMA-HARI PERTAMA

Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Sukan Gimrama Siri 2/2014.

Tarikh: 25 November 2014 (Selasa)
Venue: Dewan Gimnastik, SUKPA, Pahang. 

Pasukan Negeri Sabah bertolak ke venue untuk sesi latihan pada pukul 11.00 pagi. Jumlah atlet (Gred 4: 1 orang, Gred 2: 3 orang).

Mesyuarat diadakan pada pukul 3.00 petang. Penyertaan 
WPKL, Selangor, Kelantan, Melaka, Perak, Johor, P.Pinang, Negeri Sembilan, Perlis, Sabah dan Pahang (11 negeri).

Kejohanan bermula pada  pukul 6.00 petang.

Penyertaan Gred 4 : Zovie Tie Yu Pei
Keputusan:(7/15 -12.100)

Sekian dan terima kasih 


Laporan disediakan oleh:

Cik Intan Nazrina Ag Mohd Hussein,
Peg Pembangunan Negeri - Gimrama,
USPTN Sabah.



AUDIT KHIDMAT SOKONGAN CAWANGAN PELAPIS 2014

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Dimaklumkan 2 orang Pegawai (Puan Nurehsan & Puan Noor Azura) daripada Unit Khidmat Sokongan Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia telah mengadakan Audit Khidmat Sokongan di USPTN Sabah pada 25hb-26hb November 2014.

Audit ini diadakan bagi memeriksa,menyemak dan membuat penambahbaikan 2 elemen Khidmat Sokongan iaitu Pentadbiran dan Kewangan.

Beberapa teguran kecil dan penambahbaikan perlu dilakukan antaranya seperti sistem rekod fail, rekod cuti, penggunaan borang, laporan thumbprint, penggunaan fail keras bagi penyimpanan penyata kad cuti, mewujudkan fail daftar kewangan danfail bagi wang apungan.

Terima Kasih

Tuesday, November 25, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN BOLING PADANG - 14 / 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN BOLING PADANG  - 14 / 2014 

 
Tarikh            : 21 November 2014 (Jumaat)
Masa               : 2.00 - 4.00 Petang
Tempat           : Gelanggang Boling Padang, Kompleks Sukan Likas, Sabah.   
 
Kehadiran      :
                        1. En. Abdul Murah Laksanah                         - JSM USPTN 
                        2. 2 Orang atlet PLN 
 
LATIHAN     :
                 
-        Warming up 
-         Game 
-         Coolign down
 
UJIAN            :
-          -  Tiada Ujian
 
PERTANDINGAN :
-            Tiada pertandingan
 
KECEDERAAN :
-          - Tiada Kecederaan
 
PERALATAN:
-          - Tiada Peralatan
 
PROGRAM BINAAN:
-          -Tiada Program Binaan
 
ULASAN:
1.      Kehadiran atlet kurang memuaskan disebabkan kebanyakan atlet balik ke kampung halaman masing masing. 
2.   Tiada masalah berlaku dan semuanya berjalan dengan lancar. 

Gambar pemantauan disertakan:

Mohd Safwan Bin Adiman 
Pegawai Pembangunan Negeri 
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri 
SABAH. 


LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TENIS (KEJOHANAN DALAMAN) - 10 / 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TENIS (KEJOHANAN DALAMAN) - 10 / 2014

 
Tarikh              : 22.11.2014 (Sabtu) 
Masa               : 2.00 - 4.00 petang
Tempat            : Gelanggang Tenis KSKK, Sabah
 
Kehadiran      :
                        1. En. Tito Latoja                                        - JPM MSNS 
                        2. En. Walter Alex                                      - JSM USPTN
                        3. En. Md Firdaus Sukor                            - JSM USPTN
                        4. En. William Lo Vun Kiun                      - JSM USPTN 
                        3. 30 Orang Atlet 
                                     
LATIHAN     :

-      Tiada Latihan
 
UJIAN            :
-          Ujian teknikal bagi atlet baru.
 
PERTANDINGAN :

-      Kejohanan Dalaman PLN Sabah

KECEDERAAN : 


-          Tiada Kecederaan 
 
PERALATAN:


-          Tiada Peralatan
 
PROGRAM BINAAN:


-          Tiada Program Binaan
 
ULASAN:
1. Kehadiran atlet seramai 30 orang. JSM semua hadir termasuk JPM MSNS. 
2. Pertandingan dijalankan bertujuan untuk mengkelaskan pemain kepada rangking dalam setiap pecahan umur, selain mengukur tahap keberkesanan program latihan dan juga penambahbaikan kepada program latihan.
3. Sistem kejohanan ialah sistem round-robin.
        
Gambar pemantauan disertakan:

Mohd Safwan Bin Adiman 
Pegawai Pembangunan Negeri 
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri 
SABAH. 



Wednesday, November 12, 2014

KEM OLAHRAGA PLN SABAH (HARI KE-2) - 14 / 2014

Tarikh            : 11 November 2014 (Selasa)
Masa             : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat          : Kompleks Sukan Sandakan, Sabah
 
Kehadiran      :
                        1. En.Mario.                           - Jurulatih Luar Negara MSNS
                        2. En. Ali Hj. Aman               - JPM MSNS
                        3. En.Jumain Taepe              - JSM USPTN Sabah
                        3. 19 orang atlet (PLN Keningau, PLN Tawau, PLN Sandakan)    

SESI PAGI :
- Senaman pagi
- Latihan bersama jurulatih sukan masing-masing ( Olahraga dan Akuatik ( Renang )

SESI PETANG:
- Latihan bersama jurulatih masing-masing (long & middle distance, jumping & throwing event, sprint event) 

SESI MALAM:
- Aktiviti team building yang dikendalikan Oleh ISN.
- Perjumpaan bersama atlet

                                                                                 
Gambar pemantauan disertakan:


Laporan oleh:

Mohd Safwan Bin Adiman
Pegawai Pembangunan Negeri- Sukan Olahraga
USPTN Sabah



Tuesday, November 11, 2014

KEM OLAHRAGA PLN SABAH (HARI PERTAMA) - 13 / 2014

Tarikh            : 10 November 2014 (Isnin)

Masa             : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat          : Kompleks Sukan Sandakan, Sabah
 
Kehadiran      :
                        1. En.Mario.                           - Jurulatih Luar Negara MSNS
                        2. En.Jumain Taepe             - JSM USPTN Sabah
                        3. 19 orang atlet (PLN Keningau, PLN Tawau, PLN Sandakan)    

SESI PAGI :
- Pendaftaran peserta Dan temp at tinggal

SESI PETANG:
- Ujian kecergasan yang dikendalikan oleh ISN
- Antara ujian kecergasan (muscular strength and muscular endurance)

SESI MALAM:
- Taklimat bersama pegawai MSNS & USPTN
- Sesi Ice Breaking
                                      
                                                   
Gambar pemantauan disertakan:


Laporan oleh:

Mohd Safwan Adiman,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Olahraga,
USPTN Sabah.

Monday, November 10, 2014

SABAH-PEMANTAUAN SEPAKTAKRAW BIL 1/2014 (NOVEMBER)

Tarikh    : 08 November 2014 (Sabtu)

Masa     : 10.00am - 11.00am 

Tempat  : Dewan Masyarakat Lok Kawi, Papar


Kehadiran: 

1. Sahran Untai (JSM)

2. Munir B. Ahmed (SDO)
3. 10 Atlet Lelaki

LATIHAN

-    Basic step 1,2 & 3

-    Limitation Foot

-    Feeder Skill & Technique

-    Block Skill & Technique

-    Mini Games

UJIAN

-          Tiada

PERTANDINGAN

-     Kejohanan Sepaktakraw Piala Azizah Terbuka Borneo 2014

KECEDERAAN

-          Tiada Kecederaan Berlaku

PERALATAN

-          18 Bola Takraw (MSN)

-          Jaring

PROGRAM BINAAN

-         Tiada


ULASAN

Beberapa Atlet Pelapis terlibat di dalam Kejohanan Sepaktakraw Piala Azizah Terbuka Borneo 2014 yang terdiri dari Negeri Sabah, Sarawak, Negara Brunei Darul Salam dan Kalimantan Indonesia.

Persediaan JSM untuk membantu Program Klinik/Kem Sepaktakraw Majlis Sukan Negeri Sabah bagi mencari bakat yang berpotensi bagi persediaan SUKMA 2016-2020 di daerah Tongod dan Keningau pada 17-26 November 2014.

Sekian.


--
Munir Bin Ahmed
Pegawai Pembangunan Negeri,
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah,
Majlis Sukan Negara.


LAPORAN HARI KETIGA KEM MEMANAH PELAPIS NEGERI SIRI 2/2014

Salam, 

Hari ketiga Kem dimulakan dengan senaman pagi jogging 3 pusingan dan warm up dan menyanyikan lagu Kebangsaan dan bacaan doa.

Sesi diteruskan dengan latihan Shooting Skill (Lelaki 60m / Wanita 50m ).Pada sebelah petang latihan diteruskan dengan jarak ( Lelaki 50m / 40m ). Sesi petang selesai pada jam 6 petang.

Sesi malam bermula jam 8.00 malam untuk program Team Building.Kem hari ketiga selesai pada jam 9.30 malam.


Terima kasih.

Laporan Oleh:
Norhamamah Abdul Salam,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Memanah,
USPTN Sabah.


Sunday, November 9, 2014

LAPORAN HARI KEDUA KEM BAKAT MEMANAH PELAPIS NEGERI SIRI 2/2014

Salam,

Hari kedua Kem Bakat Memanah bermula seawal pagi jam 6.30 pagi bergerak ke Institut Sukan Negara Malaysia ( ISN ) untuk sesi Ujian Kecergasan.

Selepas sarapan semua atlet diminta berkumpul untuk mengisi borang ujian dan kajiselidik. Sesi ujian bermula jam 8.30 pagi dengan ujian Otopometri. Ujian kecergasan selesai dalam jam 10.30 pagi dan sesi seterusnya diadakan di MSN Keramat.

Sesi petang diteruskan dengan Shooting Skill ( Lelaki 70m dan Wanita 60m ). Pada sesi ini jurulatih yang berpengalaman seperti Jurulatih Marbawi, Jurulatih Nizam dan beberapa orang lagi jurulatih akan membantu membetulkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan seperti kedudukan postur badan, kedudukan tangan dan cara tarikan yang betul. Sesi petang selesai jam 6.15 petang.

Program pada sesi malam di teruskan di Ruang menunggu Hotel Safari untuk sesi motivasi. Objektif sesi ini adalah untuk menaikkan semangat atlet untuk tahu akan hala tuju mereka dalam bidang memanah. Sesi malam berakhir pada jam 11 malam.


Terima Kasih.

Laporan oleh :

Norhamamah Abdul Salam,
Peg Pembangunan Negeri- Sukan Memanah,
USPTN Sabah.

Followers