Tuesday, May 7, 2013

LAPORAN UJIAN KECERGASAN ATLET PELAPIS NEGERI (PLN SANDAKAN & PLN TAWAU)

 
Seperti yang telah dirancangkan, USPTN Sabah dengan kerjasama MSN Sabah dan Pusat Satelit ISN Kota Kinabalu/Sandakan telah mengadakan program Ujian Kecergasan Atlet Pelapis Negeri bagi Pusat Latihan Negeri (PLN) di Daerah Sandakan dan Daerah Tawau.
Program ini diadakan bagi mengenalpasti tahap kecergasan semasa atlet di dalam Program Pelapis Negeri. Ini juga akan membantu jurulatih dalam penyediaan program latihan berdasarkan tahap kecergasan atlet.
Ujian Kecergasan Atlet ini juga telah ditetapkan oleh pihak Cawangan Pelapis untuk diadakan 2 kali setahun.
Ujian Kecergasan bagi PLN Sandakan telah diadakan pada 27hb April 2013 bertempat di dewan Kompleks Sukan Sandakan dan PLN Tawau pada 28hb April 2013 bertempat di dewan Kompleks Sukan Tawau.
Antara sukan yang terlibat Olahraga,Tinju,Artistik,Skuasy dengan jumlah atlet 100 orang.
Ujian yang dijalankan adalah seperti berikut :
1. Power.
1.1 Jumping :
- Squat Jump
- Counter Movement Jump
- Standing Long Jump
1.2 Basketball Throw
2. Strength.
- Maximum Push-Up
- 1 Minute Sit-Up
3. Flexibility.
- Sit & Reach
4. Agility.
- Hexagon Agility Test. (Tinju Sahaja)
5. Aerobic.
- 20 Meter Shuttle Run.
Kesemua Ujian dijalankan oleh Pegawai Pusat Satelit ISN Kota Kinabalu/Sandakan dan dibantu oleh Pegawai USPTN dan Jurulatih.
Bersama ini disertakan gambar semasa program dijalankan.







 



 
Sekian dan terima kasih.
 
Laporan disediakan oleh:
 
En Mohd Rezwan Osman,
Ketua Unit,
USPTN Sabah.

No comments:

Followers