Seperti dalam perancangan USPTN
Sabah, Ujian Kecergasan Atlet Pelapis bagi PLN Daerah Tambunan dan Keningau
telah diadakan pada 10hb November 2012 (Sabtu) bertempat di Kompleks Sukan
Tambunan.
Program ini diadakan bertujuan
untuk mendapatkan data dan mengenalpasti tahap kecergasan semasa atlet-atlet
didalam Program Pelapis Negeri termasuk atlet After School Programme. Program
ini juga dapat membantu jurulatih untuk membuat program latihan berdasarkan
tahap kecergasan atlet. Selain dapat memberikan pendedahan awal kepada
atlet-atlet dalam aplikasi sains sukan.
Program telah bermula seawal jam
8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 12.00 t/hari.
Antara ujian-ujian yang telah
dijalankan adalah seperti berikut :
1. Ujian Anthropometri.
2. Ujian Fleksibiliti.3. Ujian Daya Tahan Kardiovaskular.
4. Ujian Daya Tahan Otot.
5. Ujian Standing Jump.
6. Ujian Vertical Jump.
Kesemua ujian-ujian ini telah
dilaksanakan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai daripada Pusat Satelit ISN Kota
Kinabalu seramai 3 orang dengan dibantu oleh pegawai USPTN Sabah dan jurulatih.
Sejumlah 57 orang atlet, 7 orang
jurulatih,3 orang Pegawai ISN dan 3 orang pegawai USPTN telah terlibat dalam
ujian ini. Terdapat juga beberapa orang atlet yang terlibat dengan peperiksaan
SPM diberi kelonggaran untuk tidak terlibat dalam ujian ini bagi memberi ruang
kepada mereka untuk menumpukan peperiksaan.
Pecahan atlet/jurulatih/pegawai
adalah seperti berikut :
Atlet :
1. Olahraga - 24 orang (PLN-9
orang & ASP- 15 orang)
2. Angkat Berat - 16 Orang3. Berbasikal - 17 Orang.
Jurulatih :
1. En Suhaimin Kinsoi - JSM
Olahraga
2. En Asriman Kasan - JSM ASP
Olahraga3. En. Nicholas Wong - JPM A.Berat
4. En Cornelius Pawon - JSM A.Berat
5. En Stephen Gompiun - JPM MSN Sabah A.Berat
6. En JR Stanley - JSM Berbasikal
7. En Jatin Imat - JSM Berbasikal
Pegawai ISN :
1. En Ruji Sompong
2. Pn Sara Inggi3. Cik Farlynce Robert
Pegawai USPTN :
1. En.Mohd Rezwan Osman
2. En. Munir Ahmed3. Pn Nelly Dimon @ Daimond
Bersama-sama ini disertakan
gambar semasa program.
Laporan disediakan oleh :-
Mohd Rezwan Osman
Ketua Unit
USPTN Sabah
No comments:
Post a Comment