Wednesday, November 28, 2012

KEM TENPIN BOLING PELAPIS SABAH 2012

Tarikh             :           17 - 18 November 2012
Tempat           :           Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu
Atlet                :           20 atlet wanita & 17 atlet lelaki
Jurulatih         :           Ricky Loh, Elizabeth Awang & Geroad Demandan
SDO                 :           Munir Bin Ahmed
ISN                   :           En. Ruji Sampong, En. Geo Allen, En. Nick, 
                                     En. Ramzaineh,Cik Nursyaditina Ain
                                     Cik Farlinche.

17 Nov 2012
8.30 am ~ 11.30 am
Ujian Kecergasan Atlet.
Antara ujian-ujian yang telah dijalankan adalah seperti berikut :
1. Ujian Fleksibiliti. (Sit & Reach)
2. Ujian Daya Tahan Kardiovaskular.(20m Shuttle Run)
3. Ujian Daya Tahan Otot. (Sit Up & Push Up)
4. Ujian Standing Jump.

2.00 pm ~ 4.00 pm
Sesi Psikologi dikendalikan oleh Pn. Nursyadatina Ain Darussamin Pegawai Psikologi (Belia dan Sukan), Institut Sukan Negeri Sabah dan Sesi ‘Conditioning’ dikendalikan oleh En. Ramzaineh dan En Nick yang memfokuskan pergerakan asas atlet.

7.30 pm ~ 9.30 pm
Sesi Kecederaan Sukan dikendalikan oleh En Nick dan membincangkan isu menangani kecederaan dan pemulihan kecederaan. Seterusnya adalah Sesi Pemakanan Sukan yang dikendalikan oleh En. Geo Allen, Pegawai Pemakanan (Diatetek).

18 Nov 2012
8.30 am ~ 11.30 am
Permainan Kecil (Mini Games) yang diadakan di Teluk Likas dan sesi ini menumpukan aktiviti ringan dan santai bagi mengurangkan tekanan dan kecederaan yang dialami oleh atlet. Perbincangan bersama Atlet dan Jurulatih bagi sesi penutupan Kem Tenpin Boling Pelapis Sabah 2012.

LaMPiRaN GaMbaR:

17 Nov 2012 



18 Nov 2012 

Laporan Disediakan Oleh:
Munir Ahmed,
Pegawai Pembangunan Negeri,~T.Boling
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah.


No comments:

Followers