Wednesday, November 28, 2012

PEMANTAUAN SUKAN 10-PIN BOLING PELAPIS SABAH NOVEMBER

Tarikh     : 28 November 2012
Masa       : 5.30pm - 7.00pm 
Tempat  : CPS Bowl, Centre Point, Kota Kinabalu.


Kehadiran Jurulatih En. Ricky Loh dan  atlet seramai 3 lelaki dan 6 wanita, Latihan yang dijalankan menumpuikan Scoring, Step Tempo, Balancing Drill, 1-step & 2-step drill.
Ujian kecergasan telah dijalankan semasa Prgram Binaan iaitu Kem Tenpin Boling Pelapis Sabah 2012 pada 17-18hb November 2012.

Persediaan atlet untuk mengikuti dua kejohanan iaitu:
40th Penang Pesta:
1. Dg. Saleha Salleh (Sandakan)
2. Siti Nur Aisyah Satar (Sandakan)
3. Caroline Chua (Sandakan)
4. Alexandria Edith John (KK)
5. Nabilah (KK)
6. Ahmad Fawwaz Farhan Abdullah (KK)
7. Ahmad Azraie Tamring (KK)
8. Ahmad Tarmidzi Tamring (KK)
13th Milo Junior All-Stars:
1. Azril Fakhree Khainih
2. Nur Atikah Junaidi
3. Nur Adilah Junaidi
4. Nur Alyssa Junaidi
5. Nur Ayunni Junaidi


SDO, Jurulatih dan ibu bapa berbincang mengenai beberapa perkara terutama mengenai atlet-atlet yang akan menyertai ke kejohanan tersebut. Kejohanan 40th Pesta Penang mendapat bantuan kewangan daripada Majlis Sukan Negeri Sabah dan akan disalurkan kepada atlet PLN (Daerah KK) dan bantuan kewangan MSN akan disalurkan kepada PLN (Daerah Sandakan).

LaMPiRaN GaMbaR:



Laporan Disediakan Oleh:
Munir Ahmed
Pegawai Pembangunan Negeri ~ T.Boling
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah.

KEM TENPIN BOLING PELAPIS SABAH 2012

Tarikh             :           17 - 18 November 2012
Tempat           :           Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu
Atlet                :           20 atlet wanita & 17 atlet lelaki
Jurulatih         :           Ricky Loh, Elizabeth Awang & Geroad Demandan
SDO                 :           Munir Bin Ahmed
ISN                   :           En. Ruji Sampong, En. Geo Allen, En. Nick, 
                                     En. Ramzaineh,Cik Nursyaditina Ain
                                     Cik Farlinche.

17 Nov 2012
8.30 am ~ 11.30 am
Ujian Kecergasan Atlet.
Antara ujian-ujian yang telah dijalankan adalah seperti berikut :
1. Ujian Fleksibiliti. (Sit & Reach)
2. Ujian Daya Tahan Kardiovaskular.(20m Shuttle Run)
3. Ujian Daya Tahan Otot. (Sit Up & Push Up)
4. Ujian Standing Jump.

2.00 pm ~ 4.00 pm
Sesi Psikologi dikendalikan oleh Pn. Nursyadatina Ain Darussamin Pegawai Psikologi (Belia dan Sukan), Institut Sukan Negeri Sabah dan Sesi ‘Conditioning’ dikendalikan oleh En. Ramzaineh dan En Nick yang memfokuskan pergerakan asas atlet.

7.30 pm ~ 9.30 pm
Sesi Kecederaan Sukan dikendalikan oleh En Nick dan membincangkan isu menangani kecederaan dan pemulihan kecederaan. Seterusnya adalah Sesi Pemakanan Sukan yang dikendalikan oleh En. Geo Allen, Pegawai Pemakanan (Diatetek).

18 Nov 2012
8.30 am ~ 11.30 am
Permainan Kecil (Mini Games) yang diadakan di Teluk Likas dan sesi ini menumpukan aktiviti ringan dan santai bagi mengurangkan tekanan dan kecederaan yang dialami oleh atlet. Perbincangan bersama Atlet dan Jurulatih bagi sesi penutupan Kem Tenpin Boling Pelapis Sabah 2012.

LaMPiRaN GaMbaR:

17 Nov 2012 



18 Nov 2012 

Laporan Disediakan Oleh:
Munir Ahmed,
Pegawai Pembangunan Negeri,~T.Boling
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah.


Tuesday, November 20, 2012

LAPORAN UJIAN KECERGASAN ATLET PELAPIS PLN TAMBUNAN/KENINGAU 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,

Seperti dalam perancangan USPTN Sabah, Ujian Kecergasan Atlet Pelapis bagi PLN Daerah Tambunan dan Keningau telah diadakan pada 10hb November 2012 (Sabtu) bertempat di Kompleks Sukan Tambunan.

Program ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan data dan mengenalpasti tahap kecergasan semasa atlet-atlet didalam Program Pelapis Negeri termasuk atlet After School Programme. Program ini juga dapat membantu jurulatih untuk membuat program latihan berdasarkan tahap kecergasan atlet. Selain dapat memberikan pendedahan awal kepada atlet-atlet dalam aplikasi sains sukan.

Program telah bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 12.00 t/hari.

Antara ujian-ujian yang telah dijalankan adalah seperti berikut :

1. Ujian Anthropometri.
2. Ujian Fleksibiliti.
3. Ujian Daya Tahan Kardiovaskular.
4. Ujian Daya Tahan Otot.
5. Ujian Standing Jump.
6. Ujian Vertical Jump.

Kesemua ujian-ujian ini telah dilaksanakan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai daripada Pusat Satelit ISN Kota Kinabalu seramai 3 orang dengan dibantu oleh pegawai USPTN Sabah dan jurulatih.

Sejumlah 57 orang atlet, 7 orang jurulatih,3 orang Pegawai ISN dan 3 orang pegawai USPTN telah terlibat dalam ujian ini. Terdapat juga beberapa orang atlet yang terlibat dengan peperiksaan SPM diberi kelonggaran untuk tidak terlibat dalam ujian ini bagi memberi ruang kepada mereka untuk menumpukan peperiksaan.

Pecahan atlet/jurulatih/pegawai adalah seperti berikut :

Atlet :

1. Olahraga - 24 orang (PLN-9 orang & ASP- 15 orang)
2. Angkat Berat - 16 Orang
3. Berbasikal - 17 Orang.

Jurulatih :

1. En Suhaimin Kinsoi - JSM Olahraga
2. En Asriman Kasan - JSM ASP Olahraga
3. En. Nicholas Wong - JPM A.Berat
4. En Cornelius Pawon - JSM A.Berat
5. En Stephen Gompiun - JPM MSN Sabah A.Berat
6. En JR Stanley - JSM Berbasikal
7. En Jatin Imat - JSM Berbasikal

Pegawai ISN :

1. En Ruji Sompong
2. Pn Sara Inggi
3. Cik Farlynce Robert

Pegawai USPTN :

1. En.Mohd Rezwan Osman
2. En. Munir Ahmed
3. Pn Nelly Dimon @ Daimond


Bersama-sama ini disertakan gambar semasa program.






 

Laporan disediakan oleh :-

Mohd Rezwan Osman
Ketua Unit
USPTN Sabah

 

Thursday, November 15, 2012

LAPORAN PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT  SUKAN TERJUN

Tarikh              :  24 Oktober 2012
Masa               :  12.00 Tengahari – 4.00 Petang
Tempat           :  S.K Inanam Laut, Inanam


Seramai 150 orang pelajar Tahun 1 yang terlibat Program Mengenalpasti Bakat Sukan Terjun pada kali ini.  Pemilihan pelajar dijalankan oleh Encik James Sandayud (Jurulatih) dan dibantu oleh Cik Anjelica Simpul (Bekas Atlet). Manakala pendaftaran dibantu oleh adik Awang Sharuddin Bin Manis (Atlet).  (Pelajar-pelajar yang dikenalpasti mempunyai bentuk fizikal yang sesuai daripada segi fizikal (tubuh badan dan tangan) adalah seramai 48 orang.

Pelajar-pelajar dimaklumkan untuk menjalani Latihan Pengenalan Sukan Terjun bermula pada 10 November 2012 (Sabtu), Sesi Latihan bermula pada 9.00 pagi sehingga 12 tengahari di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.   Ibu bapa pelajar yang terpilih dimaklumkan melalui borang yang disediakan.  Surat makluman pelajar yang terpilih kepada pihak sekolah juga diberikan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajjah Saadiah Awang, Penolong Kanan S.K Inanam Laut kerana banyak membantu sebelum, semasa dan selepas program dijalankan.

Sekian.

Laporan disediakan oleh:-


Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Hussein,
Pegawai Pembangunan Negeri,
Sukan Akuatik - Terjun 




Friday, November 9, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN TINJU

Tarikh : 8 November 2012
Masa : 9.00am – 11.00am
Tempat : SMK Tun Fuad, Kota Kinabalu.

Kehadiran:

Jurulatih : Encik Adzlin Ganis
Atlet : 5 orang
 
LATIHAN :

1. Warm-up
2. Skipping
3. Push-up
4. Latihan teknikal (Shadow, Padding, latihan asas)
5. Sparring
6. Cooling Down

UJIAN :

- TIADA

KEJOHANAN :

- Seorang atlet (Adrian Junior James) akan menyertai Karnival Remaja Kebangsaan siri 2/2012 pada 10hb-15hb Disember 2012 di Selangor.

KECEDERAAN :

- Tiada Kecederaan Berlaku

PERALATAN :
 
- Skipping
- Glove
- Padding

PROGRAM BINAAN :

- Cadangan bagi Kem latihan secara bersama antara PLN Kota Kinabalu dan PLN Sandakan. Dicadangkan akan diadakan pada bulan Disember dengan kerjasama MSN Sabah. Dicadangkan juga pada kem ini untuk memohon perkhidmatan Jurulatih Pelapis Kebangsaan (Coach Azmi).

ULASAN:
 
 
- Latihan berjalan seperti biasa di Sekolah SMK Tun Fuad, Kota Kinabalu.
 
- Jurulatih memaklumkan masalah kekurangan peralatan latihan. Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak MSN Sabah melalui Penyelaras Sukan Tinju MSN Sabah untuk bantuan.
 
- JSM memaklumkan yang beliau akan bertukar sekolah pada tahun hadapan ke SM Maktab Sabah, Kota Kinabalu. Walaubagaimanapun beliau memaklumkan akan meneruskan program pelapis di sekolah baru tersebut.
 
Disertakan gambar semasa pemantauan dilakukan:
 
 
 
 
 
 

Laporan disediakan oleh :

Mohd Rezwan Osman
Ketua Unit,
USPTN Sabah.
 

LAPORAN PEMANTAUAN MEMANAH

Tarikh : 7 November 2012
Masa : 8.30am – 9.30am
Tempat : Padang Sasar Memanah, Likas Kota Kinabalu.

Kehadiran:

1. Paul Leong (JPM MSN Sabah)

Sesi Pagi:

2. Adam Wong
3. Ahmad Afiq Akhiroman

LATIHAN :

- Scoring

UJIAN :

- TIADA

KEJOHANAN :

- Karnival Remaja Kebangsaan 2012

KECEDERAAN :

- Tiada Kecederaan Berlaku

PERALATAN :

- Bow (Sendiri)

- Target Butt dan Target Face (Persatuan)

PROGRAM BINAAN :

- Tiada

ULASAN: 

- Jurulatih mengarahkan atlet untuk sesi pemanasan badan sebelum memulakan latihan, tempoh sesi pemanasan badan adalah lebih kurang 15 minit.

- Terdapat atlet yang berlatih pada sesi petang iaitu Mohd Asri Roslin, Delaine Bonilung dan Syazz Asiylm. Seramai 2 orang menduduki SPM, 3 orang sudah tidak menjalani latihan dan 4 orang berlatih di daerah Papar dan Keningau. Selebihnya yang hadir pada sesi latihan ini adalah atlet daripada persatuan.

- SDO berbincang dengan jurulatih untuk menyatakan masalah yang dihadapi terutama peralatan Target Butt yang hanya tinggal 5 dan akan bertahan dalam tempoh 5-6 bulan lagi.

- Jurulatih mencadangkan agar ada jurulatih sambilan (JSM) yang akan ditempatkan untuk membantu bersama melatih atlet supaya lebih teratur dan terancang.
 
 






Laporan disediakan oleh :

Munir Ahmed
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sabah
 

PEMANTAUAN PEMILIHAN ATLET TAEKWONDO KE 3RD TAEKWONDO MALAYSIA (WTF) NSC, NATIONAL (SPARRING) CHAMPIONSHIPS 2012

Tarikh : 28 Oktober 2012 (Ahad)
Masa : 10.30am - 1.00pm
Tempat : DKP, Universiti Malaysia Sabah

Kehadiran:

1. Joseph Kung
2. Rusfreddy Tokan
3. 8 atlet lelaki
4. 8 atlet wanita

PERTANDINGAN :

- 3rd Taekwondo Malaysia (WTF) NSC, National (Sparring) Championships 2012

ULASAN/MAKLUMBALAS :

- Pemilihan Taekwondo ini dianjurkan oleh Persatuan Taekwondo Bersatu Sabah dengan kerjasama wakil daripada TM(Taekwondo Malaysia) semasa pemilihan ini dilakukan.

- Pemilihan bermula dari jam 8.00pagi-1.00petang, dan peserta terdiri dari daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Papar, Sandakan, Lahad Datu dan Sandakan.

- Format pemilihan adalah 2 minit setiap satu pusingan dan 2 pusingan keseluruhan untuk setiap perlawanan.

- Senarai nama yang telah layak semasa pemilihan ini adalah : 

Pelapis Sabah:

Bantam - Mohd Redzuan Bin Sahi
Middle - Bryan Jr Kinson
Fly –Emmanuel Chok
Fly - Noor Hanako Oike
Heavy- Roseneidah bte Mohammad

Persatuan Sabah:

Fin-Abd Zaffery
Fin-Amizah bte Awang
Feather-Abd Zaffar
Welter-Timothy Fela Chun
Light-Lim Sher
Middle-Vivienne Evoon
Feather-Josephinna

Disertakan gambar semasa pemantauan :





 


Laporan disediakan oleh :

Munir Ahmed,
Pegawai Pembangunan Negeri - Taekwondo
USPTN Sabah.

Followers