Klinik Badminton telah diadakan pada 29hb(12.30pm-
2.30pm) dan 30hb (8.00am – 10.00am). Klinik ini bertujuan untuk menambah baik
teknik-teknik setiap atlet. Antara latihan-latihan yang diberikan oleh JPM
(STEVAN JOKER) adalah seperti :
1. Netting
2. Service
3. Drive 2-1
4. Shuttle Drill
5. Crossing
6. Shuttle Drill
7. Agility
8. Mini Games
9. Matchplay
JPM (Steven Joker) memaklumkan kepada SDO dan KU secara
keseluruhannya prestasi atlet baik dan terdapat juga beberapa atlet yang hadir
pada hari kedua adalah atlet bukan di dalam pelapis tetapi bersungguh-sungguh
mengikuti klinik tersebut.
JSM Badminton PLN Sandakan tidak dapat hadir kerana mengikuti
Kursus Sains Sukan Tahap 2 di Tawau dan ini tidak menjadi masalah kerana atlet
di PLN ini amat komitmen di dalam Klinik pada hari tersebut.
Di akhir program Klinik Badminton ini, atlet dan ibubapa yang
hadir amat berpuas hati dengan klinik yang telah dijalankan dan berharap agar
ianya dapat diadakan lagi setiap 3 bulan bagi memastikan tahap teknikal atlet
dapat berkembang.
Disediakan Oleh:
MuNiR AhMeD
Pegawai Pembangunan Negeri
(USPTN Sabah - Badminton)
No comments:
Post a Comment