Thursday, October 11, 2012

Laporan Pemantauan Klinik Program Pelapis Sabah (Tenpin Boling)

Klinik Tenpin Boling juga telah diadakan pada 28hb (7.30 pm- 9.30pm) dan 29hb (3.30pm - 5.30pm) . Klinik ini bertujuan untuk menambah baik teknik-teknik setiap atlet. Antara latihan-latihan yang diberikan oleh JPM (RICKY LOH) adalah seperti :

1. 1-5 step drill
2. Step tempo & timing
3. Release ball
4. Standing & target
5. Body Position

JPM (Ricky Loh) memaklumkan secara keseluruhannya prestasi atlet baik dan terdapat juga beberapa atlet baru bawah 12 tahun yang berpotensi dan berbakat yang dicadangkan dimasukkan ke dalam Program Pelapis (PLN Sandakan).

Perjumapaan JPM bersama JSM berbincang mengenai program latihan dan prestasi atlet semasa dan mengenalpasti beberapa atlet yang berpotensi seperti Nur Aisyah Satar dan Dg Saleha Salleh di dalam PLN Sandakan. 
Perjumpaan SDO dengan JPM dan JSM bagi memilih atlet di dalam Kejohanan Tenpin Boling Pesta Pulau Pinang pada 08-16 Disember 2012 dan jurulatih memutuskan untuk membuat pemilihan/selection sebelum memilih dan menghantar atlet ke kejohanan tersebut.

Satu sesi perjumpaan bersama ibubapa atlet juga telah diadakan pada 29hb (7.00 pm) bagi memberi penerangan perlaksanaan Program Pelapis Negeri  (USPTN) dan masalah yang dihadapi. Antaranya pihak ibubapa dan JSM untuk bantuan bayaran lane dan bantuan tambahan bagi penyertaan ke Kejohanan. Pihak USPTN akan berbincangan perkara ini dengan MSN Sabah untuk memohon bantuan bagi tahun 2013. Pihak ISN juga dijemput hadir pada sesi ini bagi menerangkan perkhidmatan yang ada di Pusat Satelit ISN Sandakan.












Disediakan Oleh :
MuNiR AhMeD,
Pegawai Pembangunan Negeri,
(USPTN Sabah- Tenpin Boling).

No comments:

Followers