Seperti yang telah dirancang,
USPTN Sabah dengan kerjasama MSN Negeri Sabah & Pusat Satelit ISN Kota
Kinabalu telah melaksanakan program Ujian Kecergasan Atlet Pelapis bagi sukan
Angkat Berat, Artistik dan Gimrama pada 22hb September 2012 (Sabtu).
Program ini diadakan bertujuan
menilai tahap kecergasan fizikal semasa atlet dibawah Program Pelapis Negeri
dan membantu jurulatih membina program latihan secara individu yang bersesuaian
dengan tahap kecergasan atlet dan memberikan pendedahan kepada atlet mengenai
aspek Sains Sukan.
Jumlah keseluruhan atlet yang telah menghadiri
program ini seramai 64 orang iaitu Angkat Berat- 22 orang , Artistik - 12 orang
dan Gimrama- 30 orang.
Program telah bermula seawal jam
7.30 pagi sehingga jam 11.00 pagi bertempat di Perkarangan Dewan Gimnastik,
Kompleks Sukan Kota kinabalu.
Antara ujian-ujian yang telah
dijalankan adalah seperti berikut :
1. Ujian Anthropometri.
2. Ujian Fleksibiliti.3. Ujian Daya Tahan Kardiovaskular. (20m Shuttle Run)
4. Ujian Daya Tahan Otot.
5. Ujian Standing Jump.
6. Ujian Vertical Jump.
Kesemua ujian-ujian ini telah
dilaksanakan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai daripada Pusat Satelit ISN Kota
Kinabalu seramai 7 orang dengan dibantu oleh pegawai USPTN Sabah dan pelajar
praktikal.
Turut hadir semasa program
tersebut, Puan Valeri Wong (Penolong Pengarah Pengurusan Acara, Majlis Sukan
Negeri Sabah) dan Encik Herwanshah Masari (Pegawai Penyelaras Sukan, Majlis
Sukan Negeri Sabah).
Disertakan gambar semasa program
dijalankan.
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment