Thursday, September 6, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN ANGKAT BERAT

Salam/Salam Sejahtera,

Berikut Laporan Pemantauan KUN ke PLN Angkat Berat :

Tarikh : 3hb September 2012
Masa : 3.30 pm - 4.30pm

Kehadiran :

JPM - En Nicholas Wong
Atlet - 11 Orang (10-Lelaki, 1-Wanita)

Program Latihan:

1. Power Snatch Hanging- 70%
2. Power Clean Hanging - 3x3
3. Snatch Pull heavy - 100%
4. Front Squat
5. 50 X Up & Down Dish Plate

Peralatan :

- 2 set angkat berat (Lembaga Sukan Sabah & Persatuan Sukan Negeri)

Kecederaan :

1. JPM memaklumkan seorang atlet yang pernah cedera (patah tangan) semasa menyertai Sukan Sabah (SAGA) 2011 ingin menyertai latihan semula. Walaubagaimanapun, perkara ini akan dirujuk kepada doktor pakar tulang bagi mendapatkan pengesahan samada atlet tersebut boleh berlatih atau sebaliknya bagi mengelakkan kecederaan sama berulang.

Program Binaan:

1. SDO telah merancang mengadakan Kem Latihan Angkat Berat pada bulan November 2012.

2. Ujian Kecergasan atlet Angkat Berat akan diadakan pada 22hb September 2012.

Pertandingan :

Pertandingan terdekat yang akan disertai Kejohananan Angkat Berat Bawah 16 Tahun Kebangsaan yang akan diadakan pada 18hb-21hb Oktober 2012 di Negeri Sembilan.

Ulasan :

1. JPM memaklumkan kekurangan medicine powder memberi sedikit masalah semasa latihan. Perkara ini telahh dimaklumkan kepada pihak PSN untuk memohon bantuan tetapi masih belum mendapat maklumbalas.

2. JPM juga telah membuat TID dan telah mengenalpasti 5 orang atlet baru berumur U12 yang berpotensi untuk dilatih dan dimasukkan dalam program.

3. JPM ada memaklumkan untuk memohon tambahan JSM bagi membantu beliau melatih atlet-atlet baru. Perkara ini akan dibincangkan pada mesyuarat JKK.

Gambar semasa pemantauan disertakan.
 
Terima Kasih.






No comments:

Followers