Tuesday, January 10, 2012

LAPORAN HARI KE-2 & KE-3 - KEM LATIHAN ATLET PELAPIS OLAHRAGA 2011

Hari ke-2 (20 Disember 2011- Selasa ) :

Pada sesi sebelah pagi sekitar jam 7.00 pagi, program diteruskan dengan latihan di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Sesi ini telah dikendalikan oleh Jurulatih Luar Negara , Coach Marina dan Coach Mario.

Atlet-atlet telah diberikan kepada dua kumpulan dimana bagi atlet yang mengambil event jarak jauh, latihan bersama Coach Mario. Manakala bagi even sprinter dan lompatan, latihan bersama Coach Marina.

Pada sesi sebelah petang jam 2.00 petang, telah diadakan Ceramah Pemakanan yang dikendalikan oleh Pegawai daripada Pusat Satelit ISN Kota Kinabalu , Encik Geo Allen.

Pada sebelah petang sekitar jam 4.30 petang, program diteruskan dengan sesi latihan di Stadium Likas. Latihan lebih kepada menambahbaik teknik-teknik asas setiap event atlet.

Sebelah malam, telah diadakan ceramah/sesi psikologi yang dikendalikan oleh Pegawai Pusat Satelit ISN Kota Kinabalu Cik Nursyaditina Ain. Pasa sesi ini, atlet telah diajar untuk fokus, cara bernafas yang betul dan lain-lain lagi.


Hari ke-3 (21 Disember 2011 - Rabu) :

Pada hari terakhir, program diteruskan dengan sesi latihan di Stadium Likas. Program telah berakhir sekitar jam 11.30 pagi dan semua atlet balik ke daerah masing-masing.














No comments:

Followers