Tuesday, December 20, 2011

LAPORAN HARI 1 - KEM LATIHAN ATLET PELAPIS OLAHRAGA 2011

Bagi memastikan semua atle pelapis sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi kejohanan tahun 2012, satu program Kem Latihan Atlet Pelapis Olahraga 2011 telah dianjurkan oleh Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah (USPTN) dengan kerjasama MSN Sabah dan Pusat Satelit ISN Kota Kinabalu yang bermula 19hb - 21hb Disember 2011 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Program ini khusus kepada atlet-atlet olahraga dibawah Program Pelapis Negeri iaitu PLN Sandakan dan PLN Tambunan. Sejumlah 20 orang atlet telah terlibat dalam program yang diadakan selama 3 hari ini.

Kesemua atlet telah sampai dan melapor diri pada jam 3.30 petang (19 Dis 2011) dan menginap di Asrama Kinabalu, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Pada sebelah malam, telah diadakan sesi ceramah Kecederaan Sukan yang telah disampaikan oleh JSM (En. Jumain Taepe)

Ceramah Kecederaan Sukan (Olahraga) oleh Encik Jumain Taepe

Memberiknan tumpuan 100% pada sesi ceramah

No comments:

Followers