Tuesday, March 8, 2011

PEMANTAUAN SDO & JPM ANGKAT BERAT KE PLN TAMBUNAN (24 FEB 2011)

Sukacita dimaklumkan bahawa, saya dan Jurulatih Sepenuh Masa (JPM) Encik Nicholas Wong telah membuat lawatan dan pemantauan pusat latihan Angkat Berat Daerah Tambunan pada 24-25 Febuari 2011. Antara program yang diadakan adalah:-

1) Perjumpaan atlet
- Seramai 17 orang atlet di PLN Tambunan layak menyertai SABAH GAMES (SAGA) yang akan diadakan pada 6-11 Jun 2011, berpusat di daerah Tambunan. Sesi Latihan adalah bermula pada jam 3.00pm-6.00pm pada setiap hari isnin - jumaat, manakala setiap sabtu bermula pada jam 9.00am-12.30 tengahari.
 - Seramai lima orang penambahan atlet baru mendaftar iaitu 1 lelaki , 4 wanita bawah 16 tahun. Atlet Wanita adalah dari sekolah Menengah Desa Wawasan yang terletak sempadan antara Daerah Tambunan dan Daerah Ranau. Sesi latihan atlet tersebut di adakan di GYM Sekolah setiap 4.00pm-6.00pm (Isnin, Rabu, Jumaat- dipantau oleh jurulatih Sepenuh masa Majlis Negeri Sabah- Encik Stephen Gampion).

Masalah yang dihadapi oleh Atlet :-
1) Atlet memerlukan Makanan tambahan (Replace Hydration)
2) Tempat latihan ruang tempat yang terhad - (makluman- Pihak Lembaga Sukan Negeri Sabah dalam proses kelulusan Pembinaan Gym Angkat Berat di Kawasan Kompleks Sukan Daerah Tambunan).

2) Perjumpaan Jurulatih
kehadiran semasa perjumpaan:-
1) Cik Nelly Binti Dimon @ Daimond (SDO)
2) Encik Nicholas Wong Chee Yen @ Ayin (JPM Angkat Berat -USPTN)
3) Encik Stephen Gampion (JPM Angkat Berat - MSNS)
4) Encik Cornelius Pawon ( JSM -USPTN)

Agenda perbincangan :-
a) Kemaskini maklumat/ senarai atlet
b) Memaklumkan program 2011
    - Program Binaan
    - Penyertaan Kejohanan peringkat Negeri / Kebangsaan
    - Bajet Setiap Kejohanan (RM 5,000.00 setiap kejohanan - 3 penyertaan) 
    - Tarikh mesyuarat JKK di MSNS- sukan agkat Berat
    - Peridosasi 2011
    - Fitness Test / Spesifik
      (Jurulatih Mencadangkan fitness test diadakan bersama pihak pusat Satelit Negeri (ISN), Manakala untuk ujian Spesifik  iaitu Trial untuk atlet 3 bulan sekali untuk menilai prestasi atlet dari masa ke semasa)
                   
c) Masalah Jurulatih
   - Atlet semakin bertambah, tetapi ruang tempat latihan yang terhad.
    Penyelesaian - atlet Junior bawah 12 tahun latihan asas 3 kali seminggu, manakala sesi latihan untuk atlet umur bawah 18 dan 16 latihan secara bergilir-gilir supaya tidak berlaku kesesakan dalam GYM.

Berikut disertakan gambar-gambar semasa lawatan.

Laporan disediakan oleh:

Nelly Dimon @ Daimond
Peg Pembangunan Negeri (Angkat Berat)

No comments:

Followers