Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Disertakan laporan ringkas pemantauan PLN Badminton :
Tarikh : 14 Februari 2011
Masa : 4.30 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
Kehadiran : 18 orang
Ulasan dan Maklumbalas:
1. Kehadiran pemain memuaskan. JPM juga memaklumkan yang kehadiran pemain ke latihan memuaskan sebagai persediaan menyertai Kejohanan MSS Daerah, MSS Negeri ( 11-15 April 2011, Lahad Datu) , Kejohanan Badminton U12 Kota Kinabalu anjuran Lembaga Sukan Negeri Sabah (5-6 Mac 2011, Kompleks Sukan Kota Kinabalu) dan Kejohanan Remaja Tertutup Sabah 2011 ( 12-14 Mac 2011, Papar).
2. Jurulatih SBA (Yapp Su Chew) juga membuat sesi latihan bagi program psn.
3. Bagi bulan Januari-Februari 2011, SBA telah bersetuju untuk membantu membayar sewa gelanggang. Pada peringkat awal perbincangan, pihak SBA akan cuba membantu membayar sewa gelanggang sepanjang tahun 2011. Perkara ini akan diputuskan dalam sedikit masa lagi.
4. Cik Anastacia (Calon JSM 2011) sudah mula membantu JPM bagi melatih pemain-pemain baru dan U12.
Disertakan gambar semasa pemantauan.
3 comments:
Sekadar Cadangan Sahaja. Untuk meningkatkan prestasi pemain badminton sabah yang melebihi umur 18 tahun, kita perlukan sparing partner yang lebih mantap dan jurulatih tambahan yang lebih berpengalaman sekurang-kurangnya bekas pemain mewakili Sabah diperingkat SUKMA atau pemain kebangsaan. Kalau perlu dapatkan khidmat jurulatih dari Cina atau Indonesia.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahiah terhadap pengelolaan sukan badminton di sabah yang kian meningkat. badminton semakin diminati ramai di Sabah. Program carnival menunjukkan sambutan yang sangat baik.
Tahniah juga kepada MSN,SBA dan persatuan persatuan badminton diperingkat daerah termasuk KKZBA dan lain-lain yang saya tidak tahu namanya kerana dapat menyediakan arena pertandingan untuk mencungkil bakat-bakat yang baru. Tanpa adanya persatuan-persatuan ini, badminton sabah tidak mungkin melahirkan pemain-pemain pelapis yang layak dimasukkan ke Sekolah Bukit Jalil atau mengikuti latihan pusat BAM seperti yang ada sekarang.
saya berharap badan ini terutama MSN, SBA dsb dapat mencari lebih banyak ruang didalam BAM atau BJSS untuk menempatkan pemain dari Sabah dimasa akan datang.
Saya percaya ramai anak-anak Sabah yang berpotensi jika diberi peluang mengikuti latihan dan pendedahan diperingkat kebangsaan.
tahniah semua
Post a Comment