Monday, February 22, 2016

SABAH : PROGRAM KEM DAN KLINIK TINJU PELAPIS SABAH 2016

SABAH : PROGRAM KEM DAN KLINIK TINJU PELAPIS SABAH 2016 

Tarikh              :  19-21 Februari 2016 (Jumaat - Ahad) 
Masa               :  8.00 pagi - 10.00 malam
Tempat            :  Kompleks Sukan Sandakan, Sabah
 

Kehadiran      :

1. Coach Salan - JSM USPTN                                                 

2. Coach Ridwan - JSM USPTN                                              

3. 7 Atlet Pelapis Senior PLN Sandakan                                 

4. 33 Atlet baru hasil TID

(SMK Elopura II =5 orang, SMK Taman Fajar = 10 orang, SMK Sandakan II = 5 Orang, SMK Tinusa = 13 Orang) 

                                     
LATIHAN     :
-       Latihan asas sukan Tinju

-       Pengenalan teknik dan peraturan asas Tinju 

-       Pendedahan kepada gelanggang Tinju 

KECEDERAAN : 
-      Tiada kecederaan dilaporkan 
 
PROGRAM BINAAN:

-          Program ceramah sains sukan daripada ISN (Pemakanan, Psikologi & Suaian Fizikal) 

-          Program Ice Braking & Team Building 

-          Taklimat pengenalan sukan Tinju daripada JSM 

-          Taklimat pengenalan Program Pelapis daripada SDO 

ULASAN :

1. Program kem dan klinik Tinju ini adalah kesinambungan daripada program mencari bakat yg dijalankan semingu sebelumnya. Hasil daripada ujian kecergasan dan penilaian JSM, seramai 43 orang pelajar berjaya disenaraikan untuk mengikuti kem ini. Namun, hanya 33 orang pelajar sahaja yang berdaftar disebabkan komitment sukan lain dan kekangan ibubapa.

2. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam, bertempat di Asrama Kompleks Sukan Sandakan. 

3. Antara program yang diberjaya dilaksanakan adalam ceramah sains sukan (pemakanan, psikologi dan suaian fizikal), ceramah sukan Tinju (pengenalan dan lain-lain yang berkaitan), ceramah pengenalan program Pelapis dan Pembangunan kepada atlet baru dan juga progrm Team Building. 

4. Progrm ini turun dibantu oleh pegawi-pegawai dari ISN (Tawau dan Sandakan), JSM PLN Sandakan dan juga SDO MSN (Pn Norhamamah) 

5. Sepanjang program pelajar memberikan kerjasama yang baik dan menunjukkan komitment yang tinggi dalam sukan tinju. 

6. Kesimpulannya, program berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yabg telah ditetapkan. 



--
Mohd Safwan Bin Adiman
Pegawai Pembangunan Sukan Negeri
Majlis Sukan Negeri Sabah
(Bhg : Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri )
SABAH.

( Tel : 088-538390 / Faks: 088538390)



No comments:

Followers