Monday, September 2, 2013

LAPORAN KEJOHANAN TENPIN BOLING SPORTEXCEL-NSC-MILO-SABAH LEG 2013

Tarikh    : 22 & 23 Ogos 2013 (Khamis & Jumaat)
Masa     : 8.00am - 6.30pm 
Tempat  : CPS Bowl, Centre Point, Kota Kinabalu.

Kehadiran: 
1. Ricky Loh Yew Moh (KK)
2. Elizabeth Michael (KK)
3. Gerald Jemandan (KK)
4. Alexander @ Listi Kual (SDK)
4. Munir Bin Ahmed
5. 30 atlet wanita 
6. 28 atlet lelaki
7. Pn. Nelly Daimond (Urusetia)
8. Pn. Ratimah Undak (Urusetia)

LATIHAN
-    Tiada 

UJIAN
-          Tiada

PERTANDINGAN
-     Sportexcel NSC/Milo - Sabah Leg (22 - 23 Ogos 2013)

KECEDERAAN
-           Beberapa atlet dari Sarawak mengalami kecederaan pada jari,
-       1 Atlet Sarawak menarik diri akibat kecederaan jari.

PERALATAN
-         1 Reactive Ball 
-     1 Spare Ball

PROGRAM BINAAN
-       Tiada

ULASAN
-Kejohanan disertai seramai 113 orang atlet dari Sabah dan Sarawak dengan pecahan seramai 58 atlet Sabah dan 54 atlet Sarawak pada tahun ini. Seramai 14 Atlet tidak hadir dan menarik diri pada saat akhir.

-Atlet Sandakan yang terlibat dalam Sabah Leg adalah Seramai 8 atlet wanita dan 8 atlet lelaki.
Urusetia keputusan kejohanan dan para teknikal dibantu oleh kakitangan USPTN dan kakitangan CPS Bowl seramai 12 orang lane marshall dan teknikal.

-Secara keseluruhan, Kejohanan Sabah leg dikuasai oleh atlet-atlet Sabah dan setiap acara johan dan naib johan adalah atlet-atlet sabah.

-Ada Beberapa atlet Sabah tidak dapat masuk ke GP akhir atas perbezaan mata akhir di mana ada atlet  mendapat tempat terbaik di Sabah Leg tetapi beliau tidak menyertai Sarawak Leg dan atlet yang menyertai Sarawak Leg dan mendapat mata tetapi pencapaian Sabah leg tidak memuaskan menyebabkan beberapa atlet tercicir daripada senarai ke GP akhir.

-Bersama dengan ini desertakan senarai nama atlet yang akan ke Kejohanan Akhir Sportexcel yang pada 14-15 September:

1. Megan Tatiana Calary
2. Shasha Ameera Puteri Shahrom
3. Sushanor A/L Sihanor
4. Amanda Than Yin Xin
5. Syarifah Nadia Bte Ali Hassan
6. Alexandria Edith John

Disertakan gambar sepanjang kejohanan :




Laporan disediakan oleh :

Encik Munir Ahmed,
Peg Pembangunan Negeri- Sukan Tenpin Boling,
USPTN Sabah.

No comments:

Followers