Wednesday, February 27, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN TINJU PIALA DATUK BANDAR KOTA KINABALU 2013


Tarikh : 15 - 17 FEB 2013
Masa : 2.00 PETANG
Tempat : DEWAN MASYARAKAT KOTA KINABALU.

 

KEHADIRAN :
 
1. Atlet - 7 ATLET
2. En Salan Amat (JSM PLN Sandakan)
3. En Adzlin Ganitz (JSM PLN Kota Kinabalu
 

LATIHAN :

-

UJIAN :

-

PERTANDINGAN :

- KEJOHANAN PIALA DATUK BANDAR KOTA KINABALU 2013 PADA 15HB - 17HB FEBRUARI 2013 BERTEMPAT DI DEWAN MASYARAKAT KOTA KINABALU.


KECEDERAAN :

-


PERALATAN :

-

 

PROGRAM BINAAN :


-

 

ULASAN :

1.    SECARA KESELURUHAN ADA ATLET YANG KURANG LATIHAN UNTUK MENYERTAI KEJOHANAN TERSEBUT.

2.    UJIAN KECERGASAN AKAN DIBUAT BAGI ATLET PLN KOTA KINABALU DAN SANDAKAN SELEPAS BERBINCANG DENGAN JURULATIH MEMANDANGFKAN TAHAP KECERGASAN ATLET KURANG MEMUASKAN.

3.    JURULATIH MERANCANG UNTUK MEMBUAT LATIHAN BERSAMA ATAU KLINIK UNTUK ATLET BARU.


Disertakan gambar semasa pemantauan :









Sekian terima kasih.

 
Laporan disediakan oleh :
 
Puan Norhamamah Abdul Salam
Pegawai Pembangunan Negeri Tinju
USPTN Sabah.

 

 

LAPORAN PEMANTAUAN TERJUN - 12HB JANUARI 2013


Tarikh : 12 Januari 2013 (Sabtu)
Masa : 9.00– 11.30 Pagi
Venue : Dry Gym Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

 
Kehadiran:
 
7 Atlet Group C (3 Lelaki/4 Perempuan)
11 Atlet Baru (7 Lelaki/4 Perempuan)

Jurulatih : Encik James Bin Sandayud

Pembantu Jurulatih : Cik Anjelica Simpul

 

Latihan :
 
i. Atlet Group C dan Atlet Baru
a. Warming up, Kekuatan Kaki, Tangan, Perut

ii. 5 Meter, 7 Meter dan 10 Meter Platform
a. Straight Jump ABC (2x)
b. Back ABC (2x)

ii. 1Meter dan 3 Meter Spring Board
a. 10 Jump, 3 Jump - Back, Walk ABC (5x)


Ulasan :
 
i. Jurulatih memaklumkan bahawa atlet Awang Sharuddin Manis sudah lama tidak hadir latihan dan PPN memberitahu ibu atlet berkenaan ada menghubungi dan memaklumkan anak beliau tidak hadir kerana ingin menumpukan pelajaran (PMR) pada tahun ini. Ibu atlet tersebut akan
memberitahu kepada PPN sekiranya anaknya berhenti berlatih.

ii. Cik Anjelica masih membantu mengendalikan sesi pemanasan badan dan berenang bagi atlet baru.


Disertakan gambar semasa pemantauan dilakukan.





 

Sekian dan terima kasih.


Laporan Disediakan Oleh:-

Cik Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Hussein
Peg Pembagunan Negeri Terjun
USPTN Sabah.

 

LAPORAN PEMANTAUAN MEMANAH - 15 FEBRUARI 2013

 
Tarikh : 15 FEB 2013
Masa : 8.30 PAGI
Tempat : LAPANG SASAR MEMANAH, KOMPLEKS SUKAN KOTA KINABALU.

KEHADIRAN :
 
1. Atlet - 4 LELAKI & 5 WANITA

LATIHAN:

1. SHOOT 50M & 30M



UJIAN :
 
1. UJIAN MONTHLY SCORING AKAN DIBUAT DALAM MASA TERDEKAT SELEPAS KEJOHANAN MSSS DIADAKAN.
 


PERTANDINGAN :
-

KECEDERAAN :
-

PERALATAN :
 
1. MSNM TELAH MEMBEKALKAN 10 BUAT TARGET BUTT UNTUK KEGUNAAN LATIHAN.
 
2. PERSATUAN MEMPUNYAI BEBERAPA TARGET BUTT TETAPI TELAH DIAGIHKAN KEPADA DAERAH LAIN SEPERTI SANDAKAN , TAWAU SEDANGKAN KEPERLUAN TARGET BUTT DI PLN KOTA KINABALU LEBIH DIPERLUKAN UNTUK SESI LATIHAN.

PROGRAM BINAAN :

-
 
ULASAN :

1. SEMASA PEMANTAUAN TIADA KETUA JURULATIH ENCIK PAUL LEONG BERADA DI LAPANG SASAR. BELIAU ADALAH JURULATIH LANTIKAN MAJLIS SUKAN NEGERI SABAH DAN HANYA PEMBANTU JURULATIH SAHAJA BERADA DI SANA KETIKA ITU.
 
2. PSN TERPAKSA MEMINJAM TARGET BUTT DARIPADA DAERAH SANDAKAN KERANA KEKURANGAN TARGET BUTT.
 
3. KEHADIRAN ATLET PADA SESI PAGI KURANG KERANA MASIH BERCUTI TAHUN BARU CINA.
 
 
Disertakan gambar semasa pemantauan.
 


 
 
 
Sekian terima kasih.

Laporan disediakan oleh : -

Norhamamah Abdul Salam
SDO Memanah
USPTN Sabah

Sunday, February 24, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN TENPIN BOLING - 2HB JANUARI 2013

Tarikh : 02 Januari 2013

(Rabu)Masa : 5.30pm - 7.00pm


Tempat : CPS Bowl, Centre Point, Kota Kinabalu.

Kehadiran:1. Ricky Loh Yew Moh2. 9 atlet lelaki3. 6 atlet wanita

 Latihan:1. Pin Shadow2. Sco

  ring3. Balancing Drill 

Ujian:- Tiada 


Pertandingan:- Tiada


 Peralatan:- Reactive Ball (Sendiri)- Spare Ball (Sendiri) 


Program Binaan:- Tiada


Ulasan:1. Latihan Bermula tepat jam 5pm hingga 7pm yang dikendalikan sepenuhnya oleh Jurulatih Ricky Loh, dan latihan menggunakan 8 lorong (lane) dan dibahagikan mengikut peringkat 3 peringat latihan.2. Jurulatih JPM & JSM sedia maklum mengenai National Evaluation yang akan berlangsung pada tarikh 21 Januari 2012 dan JSM Sandakan memakluman untuk melakukan N.E di peringkat dalaman terlebih dahulu sebelum di Kota Kinabalu yang akan dinilai oleh JPM (Ricky Loh).

3. Di akhir pemantauan, terdapat beberapa masalah atlet yang baru bersekolah menengah pada sesi petang dan tidak dapat turun berlatih dan ini menjadi satu kekangan pada atlet. Mereka adalah:1.Nurul Alyssa Junaidi (Tingkatan 1)2.Nurul Ayunni Junaidi (Tingkatan 1)3.Nevern Nataneel (Tingkatan 1)Disertakan gambar semasa pemantauan :


















Saturday, February 23, 2013

LAWATAN PENGARAH MSN SABSH KE SM MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU (PLN TINJU)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Satu lawatan/kunjungan hormat telah diadakan bersama Pengarah MSN Sabah (En Abdul Rahman Laman), KUN dan SDO ke SM Maktab Sabah, Kota Kinabalu.

Kunjungan MSN/USPTN ini telah disambut oleh pengetua Puan Hajah Nuinda.
Tujuan kunjungan ini adalah bagi membincangkan cadangan penubuhan Pusat Latihan Tinju bagi program Pelapis Negeri di sekolah tersebut. Selain itu penerangan dan penjelasan pelaksanaan Program Pelapis Negeri juga dibincangkan.

Pengetua menyambut baik dan secara dasarnya bersetuju dengan cadangan ini. Tambahan pula JSM Tinju (En Adzlin Ganitz) telah ditukarkan ke sekolah tersebut.

Pihak MSN Sabah juga telah membawa bersama semasa kunjungan tersebut peralatan latihan yang telah diberikan oleh Cawangan Pelapis.

Bersama ini disertakan gambar semasa lawatan.
Terima Kasih.

Friday, February 22, 2013

PERJUMPAAN ATLET MEMANAH BERSAMA PENGARAH MSN SABAH

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Satu sesi perjumpaan diantara atlet memanah (Ahmad Afiq Akhiroman) bersama Pengarah MSN Sabah (En Abdul Rahman Laman) di pejabat MSN Sabah pada 1hb Februari 2013.

Perjumpaan ini diadakan bagi memberi perangsang dan semangat kepada Ahmad Afiq yang telah ditawarkan menjalani latihan sepenuh masa di Bukit Jalil bagi Program Khas YOG (Youth Olimpics Games) 2014 di bawah seliaan En.Marbawi Sulaiman.

Pemilihan telah dibuat semasa Kem Bakat dan Pemilihan Atlet Pasukan YOG 2014 yang telah diadakan pada 18-25 November 2012 bertempat di Bukit Jalil,Kuala Lumpur. Antara kriteria pemilihan berdasarkan disiplin, perangai, bentuk badan dan scoring yang telah dilaksanakan semasa kem tersebut.

Pengarah memaklumkan akan memberi bantuan kepada Ahmad Afiq dari aspek keperluan latihan dan keperluan-keperluan lain berdasarkan permohonan.

Ahmad Afiq telah berlepas ke Kuala Lumpur pada 2hb Februari 2013.
Turut hadir semasa lawatan tersebut, ibu Ahmad Afiq.
Terima Kasih.



PEMANTAUAN SESI LATIHAN OLAHRAGA- PLN SANDAKAN

Assalamualaikim/Salam Sejahtera,
Satu sesi pemantauan latihan atlet olahraga PLN-Sandakan telah diadakan pada 23hb Januari 2013 bertempat di Stadium Kompleks Sukan Sandakan.
Kehadiran atlet memuaskan dimans ramai atlet hadir menjalani latihan terutama bagi persiapan menyertai Kejohanan MSS Bahagian Sandakan padan19hb Februari 2013.
En Jumain Taepe (JSM- USPTN), En Ali Aman (JPM MSNS) dan En Alimuddin (Pegawai ISN, Satelit Sandakan) ada semasa pemantauan tersebut.
En Jumain memaklumkan ada beberapa atlet akan dikeluarkan daripada program Pelapis Negeri disebabkan tidak hadir sesi latihan tanpa sebab dan beberapa atlet baru akan dimasukkan. Walaubagaimanapun, senarai akhir akan dimaklumkan berdasarkan keputusan Kej MSS Bahagian Sandakan 2013.
Terima Kasih.



PEMANTAUAN SESI TALK PEMAKANAN ATLET ARTISTIK (PLN SANDAKAN)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Satu sesi lawatan/pemantauan latihan artstik telah diadakan pada 22hb Januari 2013 bertempat di Kompleks Sukan Sandakan.
Walaubagaimanapun pada hari pemantauan tersebut, jurulatih telah mengadakan sesi talk pemakanan yang telah dijalankan oleh Pegawai Nutrisi ISN Sandakan, En Alimuddin.
Sejumlah 3 orang atlet telah hadir pada sesi ini dan juga JPM MSNS, En Azri Omar.
Terima Kasih.



Thursday, February 21, 2013

LAWATAN/KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MSN SABSH KE SM MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU (PLN TINJU)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Satu lawatan/kunjungan hormat telah diadakan bersama Pengarah MSN Sabah (En Abdul Rahman Laman), KUN dan SDO ke SM Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Kunjungan MSN/USPTN ini telah disambut oleh pengetua Puan Hajah Nuinda.
Tujuan kunjungan ini adalah bagi membincangkan cadangan penubuhan Pusat Latihan Tinju bagi program Pelapis Negeri di sekolah tersebut. Selain itu penerangan dan penjelasan pelaksanaan Program Pelapis Negeri juga dibincangkan.
Pengetua menyambut baik dan secara dasarnya bersetuju dengan cadangan ini. Tambahan pula JSM Tinju (En Adzlin Ganitz) telah ditukarkan ke sekolah tersebut.
Pihak MSN Sabah juga telah membawa bersama semasa kunjungan tersebut peralatan latihan yang telah diberikan oleh Cawangan Pelapis.
Bersama ini disertakan gambar semasa lawatan.
Terima Kasih.




Followers