Wednesday, June 20, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN T.BOLING - KOTA KINABALU SABAH

Tarikh    : 17 Jun 2012
Masa      : 6.30pm – 7.30pm
Tempat  : CPS Bowl, Centre Point Kota Kinabalu

KEHADIRAN:

1. Ricky Loh Yew Moh (Jurulatih)
2. Elizabeth Michael Awang (Jurulatih)
3. Gerald Jemandan (Jurulatih)
4.  11 atlet lelaki  & 19 atlet wanita

LATIHAN:
-      Free swing, 5 steps pushaway, eye on
-      Balancing Drill,1-step & 2-step dril/pushaway
-      Stance(setting),Knee Slightly, flexed, ball held infront of shoulder & elbow close to  hip.
-      Focus Pin Ten (beberapa atlet)

PERTANDINGAN:
-       Sportexcel NSC/MILO/MTBCTenpin Boling Sarawak Leg

LAPORAN:

Jurulatih memaklumkan sesi latihan yangakan dijalankan sebelum latihan bermula bagi memastikan atlet memahami danmengikut segala arahan yang diberikan oleh jurulatih.
4 lorong yang diguna pakai semasalatihan di bawah kendalian jurulatih Ricky Yew Moh yang menumpukan atlet  peringkat tertinggi dan 4 lorong oleh jurulatih Elizabeth dan Gerald yangtertumpu kepada bahagian pembangunan atlet-atlet baru.

Sesi latihan pada hari tersebutadalah latihan harian yang menumpukan pada latihan taktikal untuk atlet di bawah kendalian jurulatih Ricky seramai 14 atlet dan  atlet selebihnya dikendalikan jurulatih Elizabeth dan jurulatih Gerald.

Di akhir pemantauan pada pukul 7.30malam, SDO berbincang dengan jurulatih Ricky Loh Yew Moh mengenai permasalahan yang dihadapi terutama di dalam penyerahan resit Kejohanan Sarawak Leg yangmasih dalam proses penyediaan oleh jurulatih Gerald dan akan berjumpa semulapada tarikh 21 Jun 2012.


Manakala untuk resit yuran Sabah Leg masih lagi dipegang oleh Setiausaha Persatuan TenpinBoling Sabah dan ini telah pun diambil tindakan oleh jurulatih Elizabeth bagi penyerahan salinan resit yuran secepat yang mungkin.

Lampiran Gambar:








Laporan disediakan oleh :

Encik Munir Ahmed
Peg Pembangunan Negeri - Tenpin Boling
USPTN Sabah

No comments:

Followers