TARIKH : 18HB OGOS 2011
MASA : 10.00PAGI -12.00PAGI
TEMPAT : SMK DESA WAWASAN TAMBUNAN
SASARAN : PELAJAR TINGKATAN 1 & 2 ( 40 ORANG TERLIBAT)
OBJEKTIF :
1) Memperluaskan tapak penyertaan atlet-atlet berbakat dan memberi bimbingan serta latihan yang sistematik, saintifik dan berkesinambungan.
2) Mempromosikan sukan angkat berat kepada pelajar berumur 13 &14 tahun untuk diserap ke program Pelapis Angkat Berat
3) Menjalinkan hubungan kerjasama antara Majlis Sukan Negeri Sabah dan Jabatan Pelajaran Sabah, Lembaga Sukan Negeri Sabah, Pengetua Sekolah ,Persatuan Angkat Berat dan pihak lain yang terlibat.
KEHADIRAN
BIL | NAMA | JABATAN | CATATAN |
1 | Ruji sompong | Pusat Satelit Isn Kota Kinabalu | Ketua Rombongan/Wakil Pengarah |
2 | Nelly Binti Dimon @ Daimond | Majlis Sukan Negeri/Usptn | Juruacara/Penceramah Sesi 1-Halatuju Atlet Pelapis Angkat Berat Sabah |
3 | Melissa Andrew | Pusat Satelit Isn Kota Kinabalu | Penceramah Sesi 2-Pengenalan Sains Sukan |
4 | Sarah Inggi | Pusat Satelit Isn Kota Kinabalu | Penceramah Sesi 3- Psikologi Sukan |
5 | Mohd Fadhli Md Yusop | Pusat Satelit Isn Kota Kinabalu | Penceramah Sesi 4- Suaian Fizikal |
6 | Bell Yasoi | Setiausaha Persatuan Angkat Berat Negeri Sabah | Penceramah Sesi 5- Pengenalan Sukan Angkat Berat |
7 | Denis Otigil | Pengerusi Persatuan Angkat Berat Daerah Tambunan | Penyelaras Program |
8 | Nicholas Wong | Jurulatih Sepenuh Masa (Usptn) | Pengangkutan Peralatan Angkat Berat/Demonstrasi |
9 | Stephene Gampion | Jurulatih Sepenuh Masa(Msn Negeri) | Peralatan /Demonstrasi |
10 | Lawrence Bell | Jurulatih Sepenuh Masa(Msn Negeri) | Peralatan /Demonstrasi |
11 | Cornelius Pawon | Jurulatih Sambilan(Usptn) | Peralatan /Demonstrasi |
12 | Fredoline Bell | Jurulatih Sambilan(Usptn) | Peralatan /Demonstrasi |
13 | Callixtus Daunis | Atlet Angkat Berat (Pelapis Negeri) | Demonstrasi |
14 | Fessy Filex | Atlet Angkat Berat (Pelapis Negeri) | Demonstrasi |
PROGRAM
1) Ucapan Wakil Pengarah/Ketua Rombong
2) Penyampaian Cenderahati
3) Sesi 1- Halatuju Atlet Dibawah Program Pelapis Negeri Sabah
4) Sesi 2- Pengenalan Sains Sukan
5) Sesi 3-Psikologi Sukan
6) Sesi 4-Suaian Fizikal
7) Sesi 5- Pengenalan Sukan Angkat Berat
8) Lawatan Mini Gym Angkat Berat Smk Desa Wawasan
9) Demonstrasi Angkat Berat
10) Jamuan Ringan(Disediakan Oleh Pihak Sekolah)
11) Program Tamat
ULASAN
Program ini telah mendapat sambutan pihak sekolah . Pengetua Smk Desa Wawasan bersetuju untuk membekalkan makanan tambahan/suppliment khas untuk atlet sukan angkat berat pada setiap tahun. Jenis supliment adalah yang telah ditentukan oleh pihak Institut Sukan Negara.
Melalui kajian dan pemerhatian , pelajar-pelajar yang terlibat mempunyai bentuk fizikal semulajadi dan bersesuaian untuk menyertai sukan angkat berat. Hanya teknik,latihan berterusan dan komitmen daripada pelajar untuk menyertai program tersebut. Selain daripada itu, bentuk muka bumi yang berbukit bukau dan adalah menjadi laluan harian pelajar daripada rumah ke sekolah, ini membolehkan otot-otot dibentuk secara semulajadi.
TINDAKAN
1) Berhubung dengan Institut Sukan Negara (pusat Satelit Kota Kinabalu ) berkenaan dengan suppliment yang sesuai dengan atlet angkat berat dan memaklumkan kepada pihak sekolah untuk tujuan pembelian secara bertulis.
2) Jurulatih yang bertanggungjawab melatih di sekolah Smk Desa Wawasan adalah jurulatih sepenuh masa lantikan Majlis Sukan Negeri Sabah Encik Stephen Gampion. Jadual latihan adalah hari selasa dan khamis pada jam 3.00pm hingga 5.30 petang. Pihak Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah memberikan kelulusan tuntutan perjalanan rm270.00 sebulan(merujuk kepada surat rujukan :800-3/2 bertarikh 15 april 2011).
3) Mengemukakan surat tawaran kepada semua atlet baru yang mendaftar untuk sesi 0g0s hingga disember 2011. Seramai 40 orang telah mendaftar daripada sekolah tersebut. Diedarkan melalui pengetua sekolah.
PENUTUP
Ucapan Penghargaan Kepada:-
1) Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah
2) Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah
3) Pengetua SMK Desa Wawasan Daerah Tambunan
4) Pusat Satleit Institut Sukan Negara Kota Kinabalu
5) Persatuan Angkat Berat Negeri Sabah
6) Persatuan Angkat Berat Daerah Tambunan Sabah
7) Jurulatih
8) Atlet
No comments:
Post a Comment