Thursday, October 27, 2011

LAPORAN UJIAN KECERGASAN ATLET PELAPIS DAERAH SANDAKAN

Seperti yang telah dirancangkan, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah (USPTNS) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sabah dan Pusat Satelit ISN Kota Kinabalu telah menganjurkan program Ujian Kecergasan Atlet dibawah Program Pelapis Negeri di Daerah Sandakan pada 21hb-23hb Oktober 2011 bertempat di Kompleks Sukan Sandakan.

Antara tujuan program ini adalah :

1. Mewujudkan portfolio atlet-atlet USPTN sebagai rujukan di masa akan datang.

2.Menilai tahap kecergasan  fizikal semasa atlet dibawah Program Pelapis, Unit Sukan  Prestasi Tinggi Negeri Sabah (USPTN).

3. Membantu  jurulatih membina program latihan secara individu yang bersesuaian dengan tahap kecergasan atlet.

4. Memberi pendedahan kepada atlet mengenai aspek Sains Sukan terutamanya aspek Fisiologi Senam.

Seramai 43 orang atlet telah terlibat dalam program ini daripada sukan Artistik , Olahraga, Tenpin Boling, Tinju dan Badminton.

Antara ujian-ujian yang dijalankan adalah seperti berikut :

1. Counter Movement Jump
2. Squat Jump
3. Standing Broad Jump
4. Standing Height
5. Sitting Height
6. Arm Span
7. Skinfold
8. Girth
9. Hexagon Jump
10. 1 Minute Situps
11. Max Pushups
12. Medicine Ball Throw
13. Overhead Throw
14. Basketball Throw
15. Sit & Reach
16. 20 meter shuttle run

Setinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah telibat dalam menjayakan program ini samada secara langsung atau tidak langsung.









Friday, October 21, 2011

1ST KOMPLEKS SUKAN SANDAKAN OUTDOOR CHAMPIONSHIPS 2011

Persatuan Memanah Sabah Cawangan Sandakan dengan kerjasama Persatuan Memanah Sabah telah menganjurkan 1st Kompleks Sukan Sandakan Outdoor Championships 2011 yang bermula hari ini 21hb - 23hb Oktober 2011 bertempat di Kompleks Sukan Sandakan.

Antara kategori yang dipertandingkan :

10M- Novice Wooden Bows/Compound Bows (Girls&Boys U12)
20M- Novice Advance/Wooden/Compound Bows (Women/Men)
30M- Novice Advance/Wooden/Compound Bows (Women/Men)
50M- Advance Wooden/Compound Bows (Women/Men)
60M/70M - Compound Men / Compound Women
60M/70M - Recurve Men / Recurve Women
70M/90M - Compound Men / Compound Women
70M/90M - Recurve Men / Recurve Women

Kejohanan ini telah disertai seramai 83 orang peserta daripada 4 daerah (Kota Kinabalu, Keningau, Sandakan & Tawau)

YB Datuk Peter Pang En Yin, Menteri Belia dan Sukan Sabah telah merasmikan kejohanan ini.

 Peserta yang mengambil bahagian.

Mr Tay Tzu Kiong
Chairman of Sabah Archery Association Sandakan Branch


YB Datuk Peter Pang En Yin
Menteri Belia dan Sukan Sabah

Simbolik perasmian.

YB Menteri beramah mesra dengan peserta

Monday, October 17, 2011

LAPORAN UJIAN KECERGASAN ATLET PELAPIS DAERAH TAMBUNAN

Seperti yang telah dirancang, USPTN Sabah dengan kerjasama MSN Negeri Sabah & Pusat Satelit ISN Kota Kinabalu telah melaksanakan program Ujian Kecergasan Atlet Pelapis di Daerah Tambunan bagi Pusat Latihan Angkat Berat, Olahraga & Berbasikal.

Program ini diadakan bertujuan menilai tahap kecergasan fizikal semasa atlet dibawah Program Pelapis Negeri dan membantu jurulatih membina program latihan secara individu yang bersesuaian dengan tahap kecergasan atlet dan memberikan pendedahan kepada atlet mengenai aspek Sains Sukan.

Jumlah keseluruhan atlet yang telah menghadiri program ini seramai 43 orang iaitu Angkat Berat- 12 orang , Berbasikal - 24 orang dan Olahraga- 7 orang.

Program telah bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 petang bertempat di Gelanggang Futsal, Kompleks Sukan Tambunan.

Antara ujian-ujian yang telah dijalankan adalah seperti berikut :

1. Ujian Anthropometric.
2. Ujian Fleksibiliti.
3. Ujian Daya Tahan Kardiovaskular.
4. Ujian Daya Tahan Otot.
5. Ujian Standing Jump.
6. Ujian Vertical Jump.

Kesemua ujian-ujian ini telah dilaksanakan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai daripada Pusat Satelit ISN Kota Kinabalu seramai 8 orang dengan dibantu oleh pegawai USPTN Sabah dan pelajar praktikal.

Keputusan rasmi Ujian ini akan diserahkan kepada jurulatih untuk tindakan selanjutnya.









Monday, October 10, 2011

LAPORAN HARI 1 - LAWATAN/PEMANTAUAN PENGURUS SUKAN CAWANGAN PELAPIS KE PLN USPTN SABAH

Lawatan/Pemantauan Pengurus Sukan (En.Rashid & En. Megat)  telah bermula pada Jam 3.00 petang yang meliputi pusat-pusat latihan (PLN) sekitar Kompleks Sukan Kota Kinabalu iaitu yang melibatkan sukan-sukan seperti berikut :

1. Memanah - Lapang sasar, Kompleks Sukan Kota Kinabalu
2. Boling Padang- Gelanggang Boling Padang, Kompleks Sukan Kota Kinabalu
3. Skuasy- Gelanggang Skuasy, Stadium Likas.
4. Badminton- Dewan serbaguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu
5. Angkat Berat - Kompleks Sukan Kota Kinabalu & Kg Mensiang, Menggatal.
6. Tenpin Boling - CPS Bowl, Centre Point.

Semasa lawatan/pemantauan, pihak pengurus ada membuat perbincangan bersama semua jurulatih yang hadir dan juga beberapa orang atlet.

Lawatan/Pemantauan juga turut dihadiri oleh Ketua Unit dan semua PPN.



 PLN MEMANAH

 PLN BADMINTON

 PLN ANGKAT BERAT KG MENSIANG, MENGGATAL

 PLN GIMRAMA

 PLN ARTISTIK


PLN TENPIN BOLING

LAWATAN PENGURUS SUKAN CAWANGAN PELAPIS KE PLN USPTN SABAH

Dua orang Pengurus Sukan daripada Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara Malaysia  (En. Rashid Ramli & En. Megat Khusyairi) telah datang membuat lawatan dan pemantauan ke PLN USPTN Sabah bermula hari ini 10hb - 12hb Oktober 2011.

Pada sebelah pagi, sesi telah dimulakan dengan Pengurus memberikan sedikit taklimat yang telah dihadiri oleh Pengarah MSN Sabah (En. Abdul Rahman Laman), Ketua Unit (En. Mohd Rezwan), Pen Pengarah Pembangunan Sukan (Puan Alissa Alha), Pen Pengarah Pengurusan Acara (Pn. Valerie Wong) dan semua PPN USPTN Sabah bertampat di Pejabat MSN Sabah.

Lawatan dan Pemantauan akan dilakukan pada sebelah petang bagi pusat-pusat disekitar Komleks Sukan Kota Kinabalu ( Memanah, Skuasy, Badminton, Boling Padang, Angkat Berat, Artistik, Gimrama dan Tenpin Boling - CPS Bowl, Centre Point).





Followers