Tarikh: 31 Mei hingga 06 Jun 2011
Venue: Kinabalu Yacht Club, Kota Kinabalu
Kategori Penyertaan:-
1. Optimist
2. Laser
Maklumat Penyertaan:-
BIL | DAERAH | BILANGAN PESERTA | ||
OPTIMIST | LASER 4.7 | LASER RADIAL | ||
1. | KOTA KINABALU | 21 | 3 | 1 |
2. | SANDAKAN | 11 | 2 | 0 |
3. | TAWAU | 5 | 1 | 3 |
4. | NAVY | - | - | 7 |
JUMLAH | 37 | 6 | 11 |
Jurulatih yang terlibat:-
1. Tuan Haji Ahmad Yusoff Bin Said (Jurulatih Majlis Sukan Negeri Sabah)
2. Encik Zainal Bin Madi (JSM USPTN Sabah)
3. Encik Christopher Chin (JSM USPTN Sabah)
4. Puan Shoon Yun Chin (JSM USPTN Sabah)
Persatuan Pelayar Sabah telah mengelolakan klinik pelayaran kepada semua peserta di negeri Sabah. Klinik Perahu Layar ini telah berjaya mengumpul 54 orang pelayar dan ini merupakan penyertaan terbesar meliputi daerah Kota Kinabalu, daerah Sandakan dan daerah Tawau. Klinik Perahu Layar 2011 Persatuan Pelayar Sabah telah menjemput Pelayar Kebangsaan (Laser) iaitu Encik Romzi yang telah membantu dalam urusan kejurulatihan peserta klinik laser.
Selama 7 hari klinik ini dikelolakan dan para peserta telah didedahkan kepada pelbagai aktiviti bermula dengan kecergasan hingga kepada teknikal laut yang dikendalikan oleh jurulatih USPTN Sabah dan Encik Romzi.
USPTN Sabah dan Persatuan Pelayar Negeri Sabah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program Klinik Perahu Layar ini. Sehubungan dengan itu diharapkan agar jalinan kerjasama ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.