Friday, December 19, 2014

KEM TAHUNAN ATLET PELAPIS NEGERI SABAH 2014

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Dimaklumkan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah (USPTN) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sabah dan Inward Potential Sdn Bhd telah menganjurkan Kem Tahunan Pelapis Negeri Sabah 2014 pada 15hb-17hb Disember 2014 bertempat di Tambatuon Homestay, Kota Belud.

Sejumlah 34 orang Atlet Pelapis Negeri yang terdiri daripada Sukan Terjun, Angkat Berat, Berbasikal, Memanah, Sepak Takraw dan Tinju telah menyertai program ini dan dibantu Oleh 6 orang Pegawai daripada USPTN dan 5 orang trainers daripada Inward Potential Sdn Bhd yang diketuai oleh En Rosli Abdullah yang juga merupakan Pengarah Inward Potential Sdn Bhd.

Objektif program adakan membentuk jati diri dan semangat sepasukan dikalangan atlet.

Pengarah MSN Sabah (Encik Terrance Edward Pudin) ada membuat lawatan pada hari pertama program.

Sekian.

Tuesday, December 9, 2014

KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN 2014

Salam Sejahtera / Salam 1 Malaysia,

Sukacita dimaklumkan Persekutuan Angkat Berat Kebangsaan dengan kerjasama Persatuan Angkat Berat Sabah, Majlis Sukan Negeri Sabah dan Lembaga Sukan Negeri Sabah menganjurkan Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 2014 bermula hari ini 9hb-11hb Disember 2014 bertempat di Dewan Masyarakat, Kota Kinabalu.

Sejumlah 97 orang peserta mengambil bahagian pada Kejohanan ini daripada seluruh negeri di Malaysia.

Majlis perasmian Kejohanan telah disempurnakan Oleh Yang Berhormat Datuk Masiung Banah, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah. Turut hadir semasa perasmian En Ariffin Abdul Ghani, Pemangku Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara, En Awang Besri (Wakil Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah) dan Datuk Ong Poh Eng (Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia).

Terima Kasih.

Monday, December 8, 2014

SABAH-LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN TERJUN REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 3/2014

Tarikh: 5 Disember 2014
Masa: 4.30-6.30 petang
Tempat: Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam, Selangor.

Kehadiran:
1 Jurulatih
1 PPN
1 Atlet Lelaki, 3 Atlet Wanita

Latihan: 
Dive untuk kejohanan 1M dan 3M papan anjal. 
(Wanita Bawah 17 tahun)
-Nurain Nadzmi
-Nurfazriyanti Jali
-Norazlin Ramon
1M-101B, 201C, 301C, 403C, 5231D,103B, 203B,104D,104B
3M-103B, 201B, 301B, 403B, 5231D, 105B, 203B, 105B

(Lelaki Bawah 12 tahun)
-Julfaddli Jali
1M-101B, 201C, 301C, 401B, 5221D, 103B
3M-103B, 201C, 301C, 401B, 103B, 403B

Ulasan:
-Pasukan negeri Sabah bertolak pada 7.00 pagi dan tiba di Hotel Carlton Holiday pada pukul 3.00 petang.

-Mesyuarat pengurus pasukan diadakan pada pukul 4.00 petang. Seramai 37 penerjun menyertai pada kejohanan pada kali ini. Penyertaan negeri-negeri adalah dari negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Sekian dan terima kasih.


Laporan oleh:

Intan Nazrina Ag Mohd Hussein,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Terjun,
USPTN Sabah.


Followers