Wednesday, December 19, 2012

KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 2/2012, SELANGOR.

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Kontinjen Pelapis Sabah telah menghantar penyertaan seramai 56 atlet, 9 jurulatih dan 6 pegawai di Karnival Remaja Kebangsaan 2/2012 yang telah diadakan pada 10-15 Disember 2012 di Shah Alam, Selangor.
Kontinjen Pelapis Sabah telah menyertai Angkat Berat, Artistik, Gimrama, Memanah, Menembak, Terjun dan Tinju.
Secara keseluruhannya, Kontinjen Sabah telah memperolehi 9 Emas, 14 Perak dan 13 Gangsa. Pecahan pungutan pingat mengikut sukan adalah seperti berikut :
1. Angkat Berat - 6 Emas, 5 Perak, 6 Gangsa
2. Artistik - 1 Emas
3. Gimrama - 1 Gangsa
4. Memanah - 7 Perak, 3 Gangsa
5. Menembak - 1 Gangsa
6. Terjun - 1 Perak, 1 Gangsa
7. Tinju - 2 Emas, 1 Perak, 1 Gangsa
Bersama ini disertakan gambar sepanjang karnival berlangsung.
Terima Kasih.














Sunday, December 9, 2012

HARI KE 2-LAPORAN KEM PERSEDIAAN/LATIHAN KRK 2/2012

Salam 1 Malaysia,
Hari ke-2 (7hb Disember 2012) kem diteruskan dengan aktiviti pagi dimulakan dengan senaman pagi yang telah diketuai oleh jurulatih Angkat Berat En. Nicholas Wong. Aktiviti seawal kam 6.30 pagi ini telah dijalankam dikawasan tasik Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
Selepas sarapan, aktiviti diteruskan dengan sesi latihan mengikut sukan.
Sesi petang telah diadakan sesi psikologi yang telah disampaikan oleh Puan Ain daripada Pusat Satelit ISN.
Pada sebelah malam diadakan aktiviti berkumpulan yang telah disampaikan oleh Puan Nelly.
Terima Kasih.
Laporan disediakan oleh,
Mohd Rezwan Osman,
KUN USPTN SABAH.








Friday, December 7, 2012

LAPORAN KEM PERSEDIAAN/LATIHAN KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 2/2012

Salam 1 Malaysia,
Seperti dalam perancangan, USPTN Sabah sedang menjalankan Kem Latihan/Persediaan sebagai persiapan akhir sebelum menyertai Karnival Remaja Kebangsaan Siri 2/2012 yang akan diadakan pada 10-15 Disember 2012 di Selangor.
Kem yang diadakan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu bermula 6hb-9hb Disember 2012.
Peserta kem ini terdiri daripada atlet-atlet pelapis daripada sukan Angkat Berat, Memanah, Menembak, Gimrama, Artistik, Terjun dan Tinju dengan jumlah keseluruhan 56 orang.
Antara aktiviti sepanjang kem ialah latihan mengikut sukan dan sesi ceramah pemakanan dan psikology serta aktiviti kumpulan.
Pada hari pertama 6hb Disember 2012, selepas sesi pendaftaran atlet telah diadakan sesi pengenalan diri atlet dan pegawai USPTN. Sesi sebelah petang latihan mengikut sukan dan sesi malam diadaka Ceramah Pemakanan yang telah disampaikan oleh En Geo Allen George.
Terima Kasih.
Laporan disediakan oleh,
Mohd Rezwan Osman
KUN USPTN SABAH.




Monday, December 3, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN ATLET SUKAN TERJUN

Tarikh              :  10 November 2012
Masa               :  9.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat           :  Dry Gym, Pusat Akuatik Kompleks Sukan Kota Kinabalu

Kehadiran       :  15 Orang Atlet (Baru)
                        :  3 Jurulatih – Encik James Sandayud, Encik Khairul & Cik Anjelica  Simpul          
                                                  

LATIHAN :

Atlet baru diberikan latihan asas di Dry Gym:-
1.        Sesi Pemanasan Badan & Reganggan
2.       Penggunaan Trampoline
3.       Penggunaan Platform
4.       Pengenalan Latihan Air (Demonstrasi oleh penerjun senior)


ULASAN:


1.         Seramai 48 orang yang terpilih daripada Program Mengenalpasti Bakat hanya seramai 15 orang yang hadir.

2.       Penerangan mengenai Program Pelapis kepada ibu bapa atlet baru oleh PPN dan jurulatih memaklumkan bahawa sepanjang cuti sekolah sesi latihan atlet baru pada hari Rabu dan Sabtu  (9.00 pagi hingga 12.30 tengahari)

LAMPIRAN GAMBAR:










Laporan disediakan oleh:-

Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Hussein,
Pegawai Pembangunan Negeri,
Sukan Akuatik-Terjun.
LAPORAN PEMANTAUAN ATLET SUKAN TERJUN

Tarikh              :  14 November 2012
Masa               :  10.30 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat           :  Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu

Kehadiran       :  10 Orang Atlet (Baru)
                        :  10 Orang Atlet (Senior)
                        :  3 Jurulatih – Encik James Sandayud, Encik Khairul Safwan & Cik Anjelica  Simpul      
                
                                                  

LATIHAN :

1.         Kicking
2.       Cara Bernafas dalam Air
3.       Cara mengapungkan diri dalam Air
4.       Berenang

ULASAN:

1.        Atlet baru diajar berenang untuk pertama kalinya.
2.       Atlet senior turut membantu.

LAMPIRAN GAMBAR:










Laporan disediakan oleh:-

Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Hussein,
Pegawai Pembangunan Negeri,
Sukan Akuatik-Terjun.


LAPORAN PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA ATLET SUKAN TERJUN

Tarikh              :  10 November 2012
Masa               :  8.15 – 8.50 Pagi
Tempat           :  Dry Gym, Pusat Akuatik Kompleks Sukan Kota Kinabalu

Kehadiran       :  7 Orang Ibu Bapa
                        :  1 Jurulatih – Encik James Sandayud


Perkara yang dibincangkan:-

1.        PPN memberikan penerangan aktiviti/program yang dijalankan sepanjang Kem Latihan Terjun 2012 yang akan diadakan pada 19 November – 1 Disember 2012 di Kompleks Sukan Kota Kinabalu.  Kem Latihan Terjun 2012 akan dikendalikan oleh jurulatih -Encik James Sandayud, Encik Khairul Safwan Mansur dan akan dibantu oleh Cik Anjelica Simpul.  Atlet yang terlibat adalah seramai 10 Orang dan akan penginapan di Asrama Kinabalu.

2.       Kem ini diadakan adalah memberi peluang dan pengalaman kepada atlet yang tidak menyertai Kem Bakat Terjun yang lepas.

3.       Sesi bersama dengan ISN di antaranya ialah Suaian Fizikal, Psikologi, Pemakanan dan Kecedraan Sukan.

4.       PPN memaklumkan bahawa atlet dilindungi insuran secara berkelompok sepanjang kem diadakan.  Tambahan perbelanjaan diberi oleh Majlis Sukan Negeri Sabah.

5.       Penyertaan ke Karnival Remaja Kebangsaan 02/2012 hanya akan menghantar atlet-atlet yang memperolehi pingat pada Kejohanan Terjun Remaja Kebangsaan pada 19-21 Oktober 2012 di Pusat Akuatik Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

Sekian dan terima kasih.

Lampiran Gambar:





Laporan disediakan oleh:-

Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Hussein,
Pegawai Pembangunan Negeri,
Sukan Akuatik-Terjun.

Followers